Sunday, 4 December 2011

:: mari dengar..




Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Chorus
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh

Ulang Chorus 2x

Thursday, 24 November 2011

:: lawatan sekolah?

salam...apa kabar semua?
alhamdulillah, sudah dekat seminggu oya bercuti dan berada dirumah..
oya nak kongsi pengalaman la sikit..tengok entry kali ni pasal lawatan sekolah..

ahah..cuti sekolah dah puun bermula..jadi oya tau yang sekolah-sekolah mesti akan ada buat lawatan sekolah..betul x?kan?tak kisah la sekolah rendah ke, sekolah menengah ke..tapi kali ni oya nak cerita pasal lawatan sekolah yang oya ikut sekali minggu lepas..

first of all, congrats to my mom sebab merancang lawatan ke terengganu dengan jayanya..i'm proud of u..eceh..:)..

mesti anda semua suka melihat gambar dari membaca..kan?kan?;p
gambar menceritakan segalanya..maaf ye..gambar tak banyak..hehe..(;

yeh..ini di sekolah menengah kebangsaan Padang Midin..

*yang ni oya sedikit jeles meles..sebab sekolah ni ada astro..:P


* ini my mom..;)

* err..saya..suke ini..serius..:D


lawatan seterusnya
Taman Tamadun Islam ( TTI )

*ehm..jap..nak suruh tengok kincir air yang dibelakang tuu tau..sebab kincir air tuu baru dibuat..
abaikan manusia didepan tuu tau..hehe..canteekk kan?

*ahah..kawasan ni baru dibuat..sebab mase oya datang lawatan dengan kawan semaktab x de lagi kawasan ni..jadi agak eksited sikit...muehe..

* umi bersama anak muridnye..semangat kan nak naik bot..:3

* antara masjid yang berada disitu..

* gambar ini bes sebab ada gambar masjid kristal dibelakang tuu..:D




wahaha..ini sebenarnya entry yang dah lama oya simpan..dekat sebulan lebih..
x sempat nak update..minta maaf banyak ye..
jadi dengan tidak menghampakan hati ini..oya update jugee..hehe..:D
oya tebus sebab tuu share banyak gambar..hihi

*next entry nak kongsi tentang apa ya?idea..idea..:)



:: jumaat.

penghulu segala hari..

salam JUMAAT...


Monday, 21 November 2011

:: YES

aumm..TAHNIAH HARIMAU MUDA..sesekali nak rasa bersemangat menyokong Malaysia..:)..bangga menjadi rakyat Malaysia..
oya pada awalnya bukanlah  peminat tegar pada bola sepak..mcm tegar sekarang..;p..tapi oya tak taula..bile belajar luar dari negeri (bukan negara) rasa semangat untuk menyokong pasukan Malaysia tuu berkobar-kobar..haih..tuu belum belajar kat luar negara...hehe..k la..once again tahniah Malaysia..dan Indonesia anda tetap yang terbaik..kalah dan menang adat pertandingan..namun perlu diingat kita tetap bersaudara..sangat teruja tengok pemain Indonesia mengamalkan sujud syukur..Alhamdulillah..:D


ok..berbalik tajuk kali ni,, oya bukan nak mengulas perlawanan bola sepak semalam ye..tapi oya nak berkongsi tip2 yang dperlukan menjelang YES ( Year End Sales )..oya tau ramai yang menunggu jualan akhir tahun sebab boleh dapat dengan harga yang murah..jadi simpan duit ye,,jangan borors berbelanja..dan..lagi satu tahun depan nak mula sesi persekolahan jadi berjimat cermat..eh, tahun depan Qaid masuk darjah satu..(qaid tuu adik oya yang last)..hari jumaat ni Qaid ada majlis graduasi..x sabar nak tengok ed da graduate..time oya prasekolah dulu x de pon majlis macam ni..:P

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SALMAN AL-FARISI berkata:
" Janganlah kamu jadi orang yang pertama memasuki pasar dan yang terakhir keluar darinya, kerana pasar ialah tempat berkumpulnya syaitan dan itulah tempat mereka memasang bendera mereka"

kata-kata diatas menunjukkan kita agar berhati-hati dalam berjual beli kerana biasanya ketika itu dihadiri oleh hati yang lalai dengan keseronokan dunia, melihat berbagai-bagai maksiat, melibatkan aurat, pembaziran MASA dan sebagainya..

oya nak bagi situasi, contoh paling senang bulan puasa..bile pergi bazar rasa nak beli semua makanan..nampak tu sedap, ni sedap..==''..tapi bile da beli confirm tak habis..silap2 simpan dalam peti sejuk dekat seminggu..btol x? renungan bersama..jadi sudah tentu waktu beli makanan tuu, sebenarnya kita hanyut dikawal nafsu kita yang mahukan pelbagai makanan..tapi bukan semua kita nak makan..cukup sekadar membelinya sahaja..kan..kan?kesimpulannya, jangan boros semasa berbelanja..berpada..
antara tips yang dapat dari majalah Gen-Q dan oya nak kongsikan adab ketika membeli-belah:

1) Hendaklah kita mengambil kira keperluan, kehendak dan kemampuan


2) Tidak digalakkan membawa wang yang melampau banyaknya kerana akan mengakibatkan perbelanjaan yang melampau pembazirannya


3) Dapatkan pandangan daripada mereka yang tahu tentang sesuatu barang yang ingin dibeli


4) Pastikan barang yang dibeli itu halal pada perspektif Islam


5) Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawar harga terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual


6) Jujur dan amanah


7) Utamakan urus niaga dengan orang Islam setelah tiada pilihan.

sebelum nak membeli-belah tengok balik list yang oya bagi ny..hehe..oya harap tips yang oya kongsikan berguna untuk anda diluar sana..selamat BERBELANJA..:)

Sunday, 20 November 2011

:: cuti..

baiklah untuk makluman semua oya akan bercuti selama ..ha..lebih kurang sebulan lebih..yang bestnye oya akan bercuti sama dengan budak sekolah bercuti..itulah nikmat masuk dalam profesion perguruan ni..dengar-dengar sebab nak bagi pengalaman awal sebelum masuk sekolah,.ecece..:)

ok la..entry lepas oya ada maklumkan..macam over je..bukan, oya ada bagitau yang oya akan upload photo masa oya pergi lawatan kan?tapi disebabkan kekangan masa ditambah dengan minggu peperiksaan oya terpaksa melupakan seketika untuk update blog nii..eh,,macam lame je oya tak update kan?tak pe..lupakan je..(:

ok,ni antara gambar mase oya pergi lawatan tuu..maaf la ye,..ada satu gambar je..yang lain tak ambil lagi..

oh..lupe..gambar ni mase oya pergi lawat UUM..ni kat depan library..sangat besar dan sangat lumayan untuk study kat sini..kehkeh..jadi, bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan ye..jangan kufur nikmat..ingat tempat yang lagi teruk dari sini..(:

em..oya nak cerita pasal peperiksaan plak..huu~
alhamdulillah exam telah menutup tirainya..harap-harap oya beroleh kejayaan yang cemerlang..demi Islam..mari doakan kejayaan oya...:))..soalan periksa boleh dijawab..tapi tengok result macam mana nanti..nebes2..;p..insya Allah dah berusaha + doa + tawakal insya Allah akan diberikan yang terbaik..teringat  kata-kata dari Al-Qur'an yang oya nak kongsikan sedikit bila oya rase terbeban dengan sesuatu pekerjaan..

:: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..♥:: "

kata-kata ni banyak menaikkan semangat oya bila rase down..kata-kata ni kawan oya yang bagi..oya tak paham..maklumla..bahasa arab oya 'terer' sangat..:P..ingat lagi kawan oya suruh cari maksud ayat Al-Quran ny..ayat ny ad dalam Al-Ma'thurat juge..jadi boleh la ye amal-amalkan selalu..khas untuk diri oya juga..

insya Allah kita akan berasa hampir dengan Tuhan kita..Allah tuu tahu yang terbaik buat kita..kita sebagai hamba kene selalu beringat dan jangan buat apa yang dilarangnya..*untuk diri oya terutamanya..
jadi..kesempatan yang ada ni, sebab kita tak tahu bila ajal akan menjelma..jadi beringat selalu..(sesi tazkirah hari ni..)huhu..

ok..oya nak berhenti dulu untuk setakat nii..untuk makluman oya baru sampai rumah pagi tadi..lambat sikit dari kawan yang lain sebab oya ikut mak oya pergi lawatan sekolah ke Terengganu..hehe..:D

                        *semoga Malaysia beroleh kejayaan dalam bola sepak malam ni..tapi Malaysia dan Indonesia tetap bersaudara..^^
                                                                                                                     ....salam perjuangan...

Tuesday, 1 November 2011

:: berjalankah?~~

wahahaha...lamenye..;p
tak kisah la..tapi kali ni oya nak cerita dengan semua..
alhamdulillah pada 30 oktober - 1 november 2011 yang lepas oya sempat berjalan-jalan diutara Malaysia..
sangat seronok~~:)))

banyak gambar yang ditangkap..tapi memandangkan oya sangat excited nak update blog hari ni, jadi gambar2 puun tak dapat nak ambil lagi..al-maklumla..kamera pinjam..bukan sendiri punye..haha..tugas oya hanya mencapap disetiap kamera yang ada..

berbalik cerita diutara, oya melawat negeri Jelapang Padi..*betulkan eja? dan juga oya sempat melawat Perlis..
oya jarang nak pergi utara,,yela kan rumah nun jauh di selatan..nak pergi Utara tuu rase sangat jauh..
nak balik ke kampung di Batu Pahat puun rase sangat jauh tau..walaupun jarak dengan rumah 2 jam je..ngade je..huu~

lawatan kami dinamakan Jalinan Mesra..emm..mesra ke?;p..ok la..tentatif sepanjang kami disana kami dibawa melawat 3 Institut Pendidikan Guru(IPG),dan juga Universiti Utara Malaysia (UUM). Memandangkan kami ini guru-guru pelatih, jadi perlulah kami untuk melawat di IPG untuk bertukar-bertukar idea untuk memantapkan lagi sistem pendidikan di tempat masing-masing..Di UUM juga kami berjumpa bersama mahasiswa/si dalam bidang pendidikan. Semasa di UUM kami bertukar-tukar pandangan  kerana sisitem pembelajaran di IPTA dan IPG adalah jauh berbeza.. Rasa bersyukur melanjutkan pelajaran di IPG walau pada awalnya hati oya agak kurang setuju untuk terjun kedunia pendidikan..tapi dulu tau..sekarang da suka..:)
 Walaupun tempat kami jauh berbeza, tetapi jiwa kami sama..jiwa pendidik..woOott~

antara IPG yang sempat kami lawati semasa lawatan Jalinan Mesra ini ialah IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPSAH) di Sungai Petani, Kedah, IPG Kampus Perlis di Perlis dan IPG Kampus Darul Aman (IPDA) di Jitra, Kedah..Pelbagai input yang dapat oya terima semasa lawatan ini dan oya berharap dapat pergi lagi..kehkeh..
ehem..da alang-alang berjalan di Utara tak salahnya berjalan-jalan cuci mata pula..;)..hari kedua pula kami dibawa berjalan di Padang Besar..bile da pergi sini memang habis duit..kalau boleh satu kedai tuu nak beli,.haha..masa kami sampai kedai2 baru je nak bukak..makcik tuu kata dia jual murah..sebab harga bukak kedai..oya tak taulah betul tak..jadi oya ambil keputusan bersangka baikk..hehe..da habis berbelanja di Padang Besar kami pulang ke hotel kami,,dan pada malamnya kami ke Kuala Perlis..betulla kawan cakap..makanan disini murah..eh, bukan di Kuala Perlis je..tapi di Utara..sebab kalau bawa RM50 belanja untuk makanan sahaja selama 3 hari memang banyak makanan kita boleh dapat..memang oya akui..
jadi, kepada mereka yang berjalan di Utara bagi yang bujang bawa duit untuk makanan tak perlu banyak2 ye..tapi yang berkeluarga bawa banyak sedikit ye..;)

ok la,oya rase banyak da cerita..entry lain oya tunjuk gambar sepanjang kami berjalan-jalan di Utara ya,,nak cerita semua banyak sangat,,
*oya sangat setuju dengan kata-kata ny..sekian..
" jauh berjalan luas pemandangan"

Salam..~

Wednesday, 5 October 2011

:: peperiksaan=exam=imtihan..

Alhamdulillah..hari ni last paper bagi kami..

  1. Rabu ( 05 oktober ): - Literasi Bahasa Melayu                                                                                                     dan English Profiency II
  2. Khamis ( 06 oktober ): Matematik [Numerical Literacy]...


peperiksaan UAK (ujian akhir kursus) bagi subjek minor..peperiksaan subjek major dalam bulan November..
Insya Allah..selamat berjuang kawan-kawan..semoga mendapat yang terbaik dalam ujian dunia mahupun akhirat..Berusaha bersaing untuk meningkatkan agama Islam..
tidak salah tolong-menolong..hehe...
*meniru boley takk??;p


doakan oya ye kawan-kawan..ameenn~~

:: semoga dikau tenang disana..~

oya : nad..cepat..nak pergi assembly ny..(pelajar contoh)
nad : ok,,jap2..siap da..
otw nak pergi assembly...

**
eh..tuu ustaz  la..lame da tak jumpa..oh..ustaz hantar anak dy balek asrama la..kan hari ni hari ahad..hari pertama kelas..kalau di terengganu sesi persekolahan atau kuliah bermula hari ahad - khamis..:D
emm..anak ustaz mesti balek rumah,,ye la..rumah ustaz dekat..kalau kite,,terima kasih je la..umah sangat la 'dekat'..
eh..ustaz nak pergi mane tuu?g surau la..:)

**

hari selasa 5 oktober..nak siap pergi kelas..baru keluar tandas..
" Ya Allah...innalillah.."
nape-nape?asal?blur..
Ustaz ** meninggal...
**gamam~~**
oya: eh..betul ke?jangan main-main..korang ny,..oya baru jumpa hari ahad hari tuu..nampak ok j..
zue: ye...pagi tadi..serangan jantung~..kite puun x percaya oya..
**

meniliti diriku..terasa sayu..
Ya Allah..bila sampai ajalku bagaimana keadaanku nanti?....
Ya Allah,,belum cukup amalanku untuk berjumpa denganMu..Kau ampunilah segala dosa-dosanku..terlalu banyak dosaku tidak terbilang..namun Kau Maha Penyayang dan Mengasihi terhadap umat-umatMu..


Tanda-tanda kematian terbahagi kepada beberapa keadaan:

Tanda 100 hari sebelum hari kematian


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Ya Allah..kau tetapkanlah aku dalam agamamu..
Kau hidupkan aku dengan Islam ..Kau matikanlah aku dengan Islam..~

Thursday, 22 September 2011

:: kebaikan air kosong~


1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.



:: juummm menjadi sihat~^^ ::

Tuesday, 13 September 2011

:: guru..

oya sayang mereka..
yang tidak jemu-jemu mendidikku sehingga berjaya kini..
TERIMA KASIH GURU..:)
Alhamdulillah berdiri dengan jayanya kini~
*mood kembali ke sekolah..:)

sebab saya suke ke sekolah..~:))

pesanku kepada mereka..
jangan mudah mengalah.dunia banyak cabarannya..hadapi dengan sabar..
buat keputusan dengan matang..(ayat tinggi ny)..;p
oya SUKA dengan kerjaya saya sekarang~
merindui suasana ini..<3..T__T



Sunday, 11 September 2011

:: ulang tahun..

assalamualaikum w.b.t
20 tahun da??

alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk hidup selama 20 tahun..kali ni ulang tahun kelahiran jatuh pada bulan Syawal..eh,,tahun lepas puun same...;p
cume yang lainnya kali ni disambut di maktab terchenta..huhu..bersama-sama rakan..terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi memberikan ucapan kepada oya..terharu sungguh..hehe..
"Ya Allah..da besa panjang rupanya kamuu ye"..mstila..x kan kecik j..;p
kitaran hidupku bermula 20 tahun yang lalu..berkat didikan ibu bapaku..insya Allah kini berjaya menjadi insan yang cemerlang, berakhlak mulia...ameen~
teringatku kepada kata-kata..
* meningkatnya umur, dekatnya kita kepada kematian"
ajal tiada siapa yang mengetahui bila masanya akan tiba.persiapkan dirimu dengan amalan sebanyaknya untuk dihitung di akhirat kelakk...semoga oya tergolong dalam kalangan hambaMu yang soleh..~:))

:: mood raya lagi..~

salam semua..apa kabar,,
ok..masih dlm mood raye..:)
di sini oya nak ucapkan selamat HARI RAYA AIDILFITRI..maaf ZAHIR dan BATIN..


maafkan oya andai ada tersalah kata dan sebagainya..sama ada sedar atau tidak sedar...( mcm sesi mohon restu;p)
Alhamdulillah..sudah masuk bulan Syawal..bulan meraikan kemenangan selepas tamatnya bulan Ramadhan..
sayunya rasa hati meninggalkan bulan Ramadhan..terfikir..*mungkinkah ada lagi Ramadhan untukku tahun hadapan?mungkin ini Ramadhan yang terakhir bagiku,,siapa yang mengetahui..hanya Dia yang mengetahui hamba-hambaNya..tapi rasanya tahun nii oya dapat solat tarawikh lebih dari yang lepas..mungkin tak penuh..tapi insya Allah lebih dari yang lepas..hehe..:)
tahun nii raya pertama di Bukit Kepong di Muar..belah ayah.ala..tempat bersejarah tuu..hehe..tapi raya tahun nii tak semeriah dahulu,.teringat raya ketika masih kecil..wahaha..seronoknya..kumpul duit..sanggup jalan jauh-jauh beraya umah jiran-jiran nak kumpul duit raya banyak-banyak..agak-agak kalau buat sekarang relevan lagi x?;p.gambar raya lupee la nak transfer..pandaila-pandailah cari mood raya bila baca entry ni yee..heee~
ok,,hari kedua pula beraya di kampung belah mak di Batu Pahat..oya memang anak jati JOHOR..kampung puun x jauh mane...belajar jee kat Terengganu,,:D
heh.nak cerita kat kampung cni..meriah sikit..sebab kitorang sepupu sepapat memang akan konvoi bile beraya..wahaha..mmg sangat seronok..raya kali nii konvoi lebih kurang 10 buah kereta..atau mungkin lebih..seronok x?kann..kan..hehe..:p..alhamdulillah..waktu raya la kite dapat nak kumpul semua kan..kalau tak mmg susah nak berkumpul sama-sama..

* tapi,apepun..oya harapkan amalann yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan akan terus dijalankan..bukan hanya sebulan sahaja..tambah amalan dan lakukan lebih kebaikan amat dialu-alukan..bulan Ramadhan berperang berperang dengan nafsu diri sendiri..kali ni berperang dengan syaitan dan hawa nafsu..semoga kita lebih kuat dan matang dalam kehidupan seharian..~~^^

Wednesday, 17 August 2011

:: munajat padaMu ya Allah..


Tuhan… kubisikkan kerinduan
keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan… kubisikkan kerinduan
Keinsafan… Pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan… kubisikkan kerinduan
keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan



ya Allah..kuatkan hambaMu ini..menghadapi hari-hari yang mendatang..

Wednesday, 10 August 2011

:: ia bermula..

sedikit sibuk selepas ini..
DOAKAN yang terbaik..:))



Friday, 5 August 2011

:: jodoh?

salam..apa kabar semua?:)
hmm..hari ni oya rajin ye..sampai rase nak hupdate banyak2..balas dendan da lama tak hupdate..;p
ok,,kali ni oya nak post tentang jodoh..wahaha..agak GEMPAK kan tajuk tuu..hee~

sila amalkan~:))


 fitrah manusia akan menyukai antara berlainan jantina..jadi memang tak salah la kan kalau kita ada perasaan nak menyukai orang lain..cuma bergantung pada kita nak mengawal perasaan tuu macam mana..
hmm,,kawan2 oya kat sini sibuk bercerita tentang jodoh..muda lagi ke nak fikir pasal ny?huhu..
tapi kita memang perlukan perancangan kan untuk kemudahan akan datang..heee~^^..

tapi ..amnya tanggungjawab lelaki ni bukan semudah yang disangka..lelaki memainkan peranan yang sangat berat + penting dalam memupuk keluarga yang sakinah dan barakah..perkahwinan juga adalah satu ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan selain memenuhi tuntutan agama Islam..perkahwinan bukan satu proses yang mudah..perempuan juga tidak kurang hebatnya tanggungjawab dalam menjadikan rumah tangga yang harmoni..disebalik kejayaan lelaki terdapat WANITA di belakangnya~~

namun perlu diketahui :

" Jodoh di tangan Tuhan dan manusia berikhtiar mencari dan

 memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan 

Tuhan. "




doa oya
SEMOGA MENDAPAT YANG TERBAIK..:D

:: RAMADHAN KAREEM..

:: menghilang?

salam..
apa kabar semua..
wah..pejam celik pejam celik tak sangka da 5 hari umat Islam berpuasa..
kesempatan yang ada ni oya nak minta maaf ye kalau ada melakukan kesalahan kepada sesiapa yang mengenali diri ini..maafkan hamba ya..manusia memang tak lepas dari kesilapan,,.kan?:)
emm..sebut ramadhan mesti dalam fikiran ada AZAM yang baru kan?oya punn berAZAM bulan ramadhan kali ni nak lebih baik dari yang lepas  + kuruskan badan~~insya Allah..semoga kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik..



tapi tengok entri kali ni pasal menghilang,,agak-agak kenapa?hehe..
senanya oya da lama tak menghupdate blog ni,.kesiannye..bersawang-sawang da..
bukak blog orang lain suke..tapi nak hupdate blog sendiri malas kemain..T__T..
tak pe,,yang penting niat ada..;D..

okla,,oya ucapakn kepada semua
 SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA,,

*hari ni kelas oya bertugas masak bubur lambuk..nak tengok apa hasilnya?nantikan ye..^^

Monday, 4 July 2011

:: =]

SAAT LAFAZ SAKINAH

Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
chorus:

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


:: perubahan

salam...apa kabar semua?
entry kali ni...

PERUBAHAN..


berubah?ada apakah pada perubahan?
hmm..kali ni oya nak cerita sikit la pasal perubahan..;)
memang bagus kan kalau berubah dari yang jahil ke arah yang lebih baik..
dari teruuk kepada yang lebih baik,,
dari seorang yang bodoh kepada seorang yang pandai..


tapi perubahan jangan mengharapkan hasilnya dalam jangka yang terdekat, sebab dengan cara ini kita akan melakukan banyak perubahan yang drastik. kan?
Bolehkah anda mengubah cara hidup anda secara total dalam masa terdekat? Mungkin boleh tetapi terus terangnya memang sukar...nama puun manusia... jadi jangan tergesa-gesa nak lakukan perubahan~~
 paling penting kene la  ISTIQAMAH..^^


oya punn sekarang dalam perubahan nak menjadi yang lebih baikk..even kene hipokrit jugee awal2..hehe..doakan oya semoga terus tabah dalam mengharungi cabaran yang semakin mencabar kini..



Sunday, 3 July 2011

:: renungan~

:: penat?

salam...apa kabar semua?
wahaha..lama nye sudah tidak meng'update' blog ni..
masuk sem baru terus sibuk..*kunun2 la..;p
blog oya dalam proses pemulihan..
harap maaf la kepada sesiapa yang nampak blog oya ny macam tak berapa nak betul..
insya Allah oya akan cuba mengatasinya..harap bersabar semua..~=)

Wednesday, 15 June 2011

:: Hikmah mengucapkan الحمد الله Setelah Bersin~


Kenapa kita mengucapkan “ Alhamdulillah” الحمد الله    setelah bersin?



1)  Ketika anda bersin,  jantung anda berhenti  bekerja dan denyutannya.

2) Kecepatan bersin adalah 100 KM/Jam

3) Bersin mengeluarkan kotoran-kotoran yang ada dalam mulut dan hidung anda.

4) Apabila anda bersin dengan sangat kuat, boleh memungkinkan merosakkan tulang-tulang rusuk anda.

5) Apabila anda menghentikan bersin secara tiba-tiba, maka boleh mengakibatkan ketegangan darah pada 
leher dan kepala anda, bahkan boleh mengakibatkan fatal, iaitu mati.


6)   Apabila anda membuka mata ketika bersin, boleh mengakibatkan bola mata anda keluar dari tempatnya.


7) Sekadar untuk pengetahuan, ketika anda sedang bersin, seluruh organ-organ penting anda akan berhenti untuk satu saat atau kurang satu saat, dan kemudian seolah-olah tidak terjadi apa-apa pada tubuh anda dan 
seolah-olah anda baru terbangun dari maut yang mengerikan sekali.




Oleh itu kita diperintahkan membaca “Alhamdulillah” sebagai tanda syukur kita kepada Allah Yang Maha Kuasa..^^

:: khasiat susu kambing~

hehe:)
ok..petang2 ny oya nak cerita sikit pasal susu..
susu ada banyak jenis..susu tepung, susu cair, susu pekat dan seangkatan dengannya..
hari ny oya nak cite la tentang susu kambing..susu kambing antara susu yang banyak khasiatnya..

*google

lepas ny sila beli ye susu di pasar borong..;)
sangat banyak khasiatnya..nak lagi bagus minum yang fresh dari kambing~^^