tak kisah la..tapi kali ni oya nak cerita dengan semua..
alhamdulillah pada 30 oktober - 1 november 2011 yang lepas oya sempat berjalan-jalan diutara Malaysia..
sangat seronok~~:)))
banyak gambar yang ditangkap..tapi memandangkan oya sangat excited nak update blog hari ni, jadi gambar2 puun tak dapat nak ambil lagi..al-maklumla..kamera pinjam..bukan sendiri punye..haha..tugas oya hanya mencapap disetiap kamera yang ada..
berbalik cerita diutara, oya melawat negeri Jelapang Padi..*betulkan eja? dan juga oya sempat melawat Perlis..
oya jarang nak pergi utara,,yela kan rumah nun jauh di selatan..nak pergi Utara tuu rase sangat jauh..
nak balik ke kampung di Batu Pahat puun rase sangat jauh tau..walaupun jarak dengan rumah 2 jam je..ngade je..huu~
lawatan kami dinamakan Jalinan Mesra..emm..mesra ke?;p..ok la..tentatif sepanjang kami disana kami dibawa melawat 3 Institut Pendidikan Guru(IPG),dan juga Universiti Utara Malaysia (UUM). Memandangkan kami ini guru-guru pelatih, jadi perlulah kami untuk melawat di IPG untuk bertukar-bertukar idea untuk memantapkan lagi sistem pendidikan di tempat masing-masing..Di UUM juga kami berjumpa bersama mahasiswa/si dalam bidang pendidikan. Semasa di UUM kami bertukar-tukar pandangan kerana sisitem pembelajaran di IPTA dan IPG adalah jauh berbeza.. Rasa bersyukur melanjutkan pelajaran di IPG walau pada awalnya hati oya agak kurang setuju untuk terjun kedunia pendidikan..tapi dulu tau..sekarang da suka..:)
Walaupun tempat kami jauh berbeza, tetapi jiwa kami sama..jiwa pendidik..woOott~
antara IPG yang sempat kami lawati semasa lawatan Jalinan Mesra ini ialah IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPSAH) di Sungai Petani, Kedah, IPG Kampus Perlis di Perlis dan IPG Kampus Darul Aman (IPDA) di Jitra, Kedah..Pelbagai input yang dapat oya terima semasa lawatan ini dan oya berharap dapat pergi lagi..kehkeh..
ehem..da alang-alang berjalan di Utara tak salahnya berjalan-jalan cuci mata pula..;)..hari kedua pula kami dibawa berjalan di Padang Besar..bile da pergi sini memang habis duit..kalau boleh satu kedai tuu nak beli,.haha..masa kami sampai kedai2 baru je nak bukak..makcik tuu kata dia jual murah..sebab harga bukak kedai..oya tak taulah betul tak..jadi oya ambil keputusan bersangka baikk..hehe..da habis berbelanja di Padang Besar kami pulang ke hotel kami,,dan pada malamnya kami ke Kuala Perlis..betulla kawan cakap..makanan disini murah..eh, bukan di Kuala Perlis je..tapi di Utara..sebab kalau bawa RM50 belanja untuk makanan sahaja selama 3 hari memang banyak makanan kita boleh dapat..memang oya akui..
jadi, kepada mereka yang berjalan di Utara bagi yang bujang bawa duit untuk makanan tak perlu banyak2 ye..tapi yang berkeluarga bawa banyak sedikit ye..;)
ok la,oya rase banyak da cerita..entry lain oya tunjuk gambar sepanjang kami berjalan-jalan di Utara ya,,nak cerita semua banyak sangat,,
*oya sangat setuju dengan kata-kata ny..sekian..
" jauh berjalan luas pemandangan"
Salam..~
No comments:
Post a Comment