Thursday 22 September 2011

:: kebaikan air kosong~


1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.



:: juummm menjadi sihat~^^ ::

Tuesday 13 September 2011

:: guru..

oya sayang mereka..
yang tidak jemu-jemu mendidikku sehingga berjaya kini..
TERIMA KASIH GURU..:)
Alhamdulillah berdiri dengan jayanya kini~
*mood kembali ke sekolah..:)

sebab saya suke ke sekolah..~:))

pesanku kepada mereka..
jangan mudah mengalah.dunia banyak cabarannya..hadapi dengan sabar..
buat keputusan dengan matang..(ayat tinggi ny)..;p
oya SUKA dengan kerjaya saya sekarang~
merindui suasana ini..<3..T__T



Sunday 11 September 2011

:: ulang tahun..

assalamualaikum w.b.t
20 tahun da??

alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk hidup selama 20 tahun..kali ni ulang tahun kelahiran jatuh pada bulan Syawal..eh,,tahun lepas puun same...;p
cume yang lainnya kali ni disambut di maktab terchenta..huhu..bersama-sama rakan..terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi memberikan ucapan kepada oya..terharu sungguh..hehe..
"Ya Allah..da besa panjang rupanya kamuu ye"..mstila..x kan kecik j..;p
kitaran hidupku bermula 20 tahun yang lalu..berkat didikan ibu bapaku..insya Allah kini berjaya menjadi insan yang cemerlang, berakhlak mulia...ameen~
teringatku kepada kata-kata..
* meningkatnya umur, dekatnya kita kepada kematian"
ajal tiada siapa yang mengetahui bila masanya akan tiba.persiapkan dirimu dengan amalan sebanyaknya untuk dihitung di akhirat kelakk...semoga oya tergolong dalam kalangan hambaMu yang soleh..~:))

:: mood raya lagi..~

salam semua..apa kabar,,
ok..masih dlm mood raye..:)
di sini oya nak ucapkan selamat HARI RAYA AIDILFITRI..maaf ZAHIR dan BATIN..


maafkan oya andai ada tersalah kata dan sebagainya..sama ada sedar atau tidak sedar...( mcm sesi mohon restu;p)
Alhamdulillah..sudah masuk bulan Syawal..bulan meraikan kemenangan selepas tamatnya bulan Ramadhan..
sayunya rasa hati meninggalkan bulan Ramadhan..terfikir..*mungkinkah ada lagi Ramadhan untukku tahun hadapan?mungkin ini Ramadhan yang terakhir bagiku,,siapa yang mengetahui..hanya Dia yang mengetahui hamba-hambaNya..tapi rasanya tahun nii oya dapat solat tarawikh lebih dari yang lepas..mungkin tak penuh..tapi insya Allah lebih dari yang lepas..hehe..:)
tahun nii raya pertama di Bukit Kepong di Muar..belah ayah.ala..tempat bersejarah tuu..hehe..tapi raya tahun nii tak semeriah dahulu,.teringat raya ketika masih kecil..wahaha..seronoknya..kumpul duit..sanggup jalan jauh-jauh beraya umah jiran-jiran nak kumpul duit raya banyak-banyak..agak-agak kalau buat sekarang relevan lagi x?;p.gambar raya lupee la nak transfer..pandaila-pandailah cari mood raya bila baca entry ni yee..heee~
ok,,hari kedua pula beraya di kampung belah mak di Batu Pahat..oya memang anak jati JOHOR..kampung puun x jauh mane...belajar jee kat Terengganu,,:D
heh.nak cerita kat kampung cni..meriah sikit..sebab kitorang sepupu sepapat memang akan konvoi bile beraya..wahaha..mmg sangat seronok..raya kali nii konvoi lebih kurang 10 buah kereta..atau mungkin lebih..seronok x?kann..kan..hehe..:p..alhamdulillah..waktu raya la kite dapat nak kumpul semua kan..kalau tak mmg susah nak berkumpul sama-sama..

* tapi,apepun..oya harapkan amalann yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan akan terus dijalankan..bukan hanya sebulan sahaja..tambah amalan dan lakukan lebih kebaikan amat dialu-alukan..bulan Ramadhan berperang berperang dengan nafsu diri sendiri..kali ni berperang dengan syaitan dan hawa nafsu..semoga kita lebih kuat dan matang dalam kehidupan seharian..~~^^