Monday, 21 November 2011

:: YES

aumm..TAHNIAH HARIMAU MUDA..sesekali nak rasa bersemangat menyokong Malaysia..:)..bangga menjadi rakyat Malaysia..
oya pada awalnya bukanlah  peminat tegar pada bola sepak..mcm tegar sekarang..;p..tapi oya tak taula..bile belajar luar dari negeri (bukan negara) rasa semangat untuk menyokong pasukan Malaysia tuu berkobar-kobar..haih..tuu belum belajar kat luar negara...hehe..k la..once again tahniah Malaysia..dan Indonesia anda tetap yang terbaik..kalah dan menang adat pertandingan..namun perlu diingat kita tetap bersaudara..sangat teruja tengok pemain Indonesia mengamalkan sujud syukur..Alhamdulillah..:D


ok..berbalik tajuk kali ni,, oya bukan nak mengulas perlawanan bola sepak semalam ye..tapi oya nak berkongsi tip2 yang dperlukan menjelang YES ( Year End Sales )..oya tau ramai yang menunggu jualan akhir tahun sebab boleh dapat dengan harga yang murah..jadi simpan duit ye,,jangan borors berbelanja..dan..lagi satu tahun depan nak mula sesi persekolahan jadi berjimat cermat..eh, tahun depan Qaid masuk darjah satu..(qaid tuu adik oya yang last)..hari jumaat ni Qaid ada majlis graduasi..x sabar nak tengok ed da graduate..time oya prasekolah dulu x de pon majlis macam ni..:P

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SALMAN AL-FARISI berkata:
" Janganlah kamu jadi orang yang pertama memasuki pasar dan yang terakhir keluar darinya, kerana pasar ialah tempat berkumpulnya syaitan dan itulah tempat mereka memasang bendera mereka"

kata-kata diatas menunjukkan kita agar berhati-hati dalam berjual beli kerana biasanya ketika itu dihadiri oleh hati yang lalai dengan keseronokan dunia, melihat berbagai-bagai maksiat, melibatkan aurat, pembaziran MASA dan sebagainya..

oya nak bagi situasi, contoh paling senang bulan puasa..bile pergi bazar rasa nak beli semua makanan..nampak tu sedap, ni sedap..==''..tapi bile da beli confirm tak habis..silap2 simpan dalam peti sejuk dekat seminggu..btol x? renungan bersama..jadi sudah tentu waktu beli makanan tuu, sebenarnya kita hanyut dikawal nafsu kita yang mahukan pelbagai makanan..tapi bukan semua kita nak makan..cukup sekadar membelinya sahaja..kan..kan?kesimpulannya, jangan boros semasa berbelanja..berpada..
antara tips yang dapat dari majalah Gen-Q dan oya nak kongsikan adab ketika membeli-belah:

1) Hendaklah kita mengambil kira keperluan, kehendak dan kemampuan


2) Tidak digalakkan membawa wang yang melampau banyaknya kerana akan mengakibatkan perbelanjaan yang melampau pembazirannya


3) Dapatkan pandangan daripada mereka yang tahu tentang sesuatu barang yang ingin dibeli


4) Pastikan barang yang dibeli itu halal pada perspektif Islam


5) Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawar harga terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual


6) Jujur dan amanah


7) Utamakan urus niaga dengan orang Islam setelah tiada pilihan.

sebelum nak membeli-belah tengok balik list yang oya bagi ny..hehe..oya harap tips yang oya kongsikan berguna untuk anda diluar sana..selamat BERBELANJA..:)

No comments:

Post a Comment