Thursday 30 October 2014

:: PART 2

ok. ini rentetan perjalanan oya ke sana

Malaysia - Singapura
Singapura - Jeddah
Jeddah - Madinah
Madinah - Mekah
Mekah - Jeddah
Jeddah - Malaysia

Hari-hari yang sibuk dan sentiasa diisi. ALHAMDULILLAH

perjalanan kami berjalan dengan lancar. tanpa sebarang masalah. nak mula cerita pun x tahu nak mula dari mana. hmmm

baiklaaa. BISMILLAH

MALAYSIA : macam yang oya post pada entry lepas, perjalanan kami lewat seminggu. entah ea. mungkin sebab x tahu apa yaang terjadi dibelakang jadi rasa rileks jaa. oh, lewat kaaa? x apa. nanti p juga. dalam masa yang sama, ayah selalu ingatkan ''doa bebanyak. moga kita dapat pergi umrah''. dan dengan rezeki dari Allah nama kumpulan kami semuanya pass untuk ke sanaa. oh ya. dalam masa beberapa hari juga kami kena siapkan bebarang semuaa. kalauu x silap 4 hari sebelum bertolak baru tahu nama kumpulan kami naik untuk menunaikan umrah. Allahu akbar !



SINGAPURA : perjalanan ke sana. berjumpa juga dengan beberapa jemaah yang akan bersama-sama menunaikan umrah. rupanya halangan mereka lagi hebat dari kami. bayangkan dalam satu kumpulan hanya se dua orang yang dapat p. tapi pihak pengurusan still kena uruskan perjalanan mereka. dan seperasan oya ada jemaah lelaki tua yang berkerusi roda untuk bersama-sama menunaikan umrah. perancangan Allah siapa tahu kan? dalam perjalanan ke mekah berjumpa semula dengan rombongan jemaah singapura. dan mutawif sahkan pak cik meninggal dunia di riyadh. Al-Fatihah. moga bersama orang-orang yang soleh. Ameen

JEDDAH : perjalanan lancar. bertolak ke madinah dengan menaiki bas bersama-sama. wahhh. plan sampai subuh. tapi sebab ada problem dengan bahagian imigresen sanaaa.



MADINAH : ya Allah. sampai sudah ke bumi anbiya. Allahuuu. menitis air mata tatkala melihat masjid nabawi dari kejauhan. Allah. Allah. syukur ya Allah atas anugerah ini :(
kami mulakan dengan melawat sekitar masjid nabawi, perkuburan baqi. dan alhamdulillah kami 3 beradik diberi kesempatan untuk memasuki Raudhah pada hari pertama kami. menitis. menitis dan terus menitis. terasa kerdil sangattt. wahai Rasulullah. rindunya kami pada mu :(

suasana didalam masjid nabawi. sementere menunggu giliran masuk ke raudhah 


hadapan pintu masuk masjid nabawi. selepas solat subuh


 kawasan luar masjid nabawi

kami teruskan ziarah kami ke masjid Qiblatain

masjid Qiblatain

ladang kurma. 
maaf. sempat ambil ini sahaja

jabal uhud. bersama mutawif dimadinah

berlatar belakang perkuburan para syuhada di jabah uhud. Allahu. wangi sangat. 
walau dah beberapa lamanyaaaa. menitis lagi :(


jabal magnet. ada kisah disebalik nama. akan dicerita pada entry akan datang :)
dan kalau kalian perasan, sebenarnya garisan gelap dibelakang oya jika dilihat dari atas membentuk kalimah ALLAH. masha Allah. sungguh hebat kekuasaanMu 



ladang unta di madinah. bukan dalam perancangan sebenarnyaa. tapi Allah takdirkan kami ke sini. Alhamdulillah. dan untuk pengetahuan semua, waktu kami pergi, ladang unta di madinah ni, ayah cakap selalunya kita akan ziarah ladang unta di mekah di hudaibiyyah. tetapi sewaktu ziarah kami ini, ladang unta di hudaibiyyah tidak dibuka lagi kerana ada masalah wabak. tapi dimadinah seperti yang diterangkan oleh ustaz mutawif kami, madinah terhindar dari sebarang penyakit. madinah negeri yang dijaga oleh Allah :)




perjalanan ziarah kami diteruskan ke muzium Al-Qur'an. kaum wanita tidak dibenarkan masuk ke dalam. hanya bisa melawat Al-Qur'an yang telah dicetak dan yang dipamerkan .


* akan bersambung selepasnyaaaa. insha Allah :)








Wednesday 29 October 2014

:: PART 1 : sedikit kenangan

*post ini mengenai kisah hidup yang ingin dikenang.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur pada Allah diberikan lagi nikmat kesihatan tubuh badan yang sihat dan nikmat iman.

untuk pengetahuan sesiapa la yang mengikuti rentetan blog oya nih. (eceh. macam ada kannn? --') oya selamat menunaikan umrah buat pertama kalinya. Syukur alhamdulillah.



Sampai sekarang sebenarnya x percaya Allah dah bagi nikmat untuk menunaikan ibadah umrah.

dan sebelum tuu nak oyak 
MAAF . ini bukan post untuk menunjuk-nunjuk. tapi nak share pengalaman ke sana. insha Allah

perbualan bersama ayah :)
A: kak uda. bila tarikh cuti lama sikit?
O: kenapa ayah?
A: ahh. ayah rancang nak buat umrah. kalau cuti kak uda panjang boleh ayah bawa. sekali dengan angah & kak andak.
O: ayahhhh. betul ka? jap. yah tengok kalendar.
A: ok. nanti apa-apa inform ayah.

so, inilah yang berlaku sebelum ayah beritahu nak ajak kami bertiga menunaikan umrah. kebetulan angah & kak andak dah habis belajar awal tahun haritu, so x ada masalah bagi pihak dorang. oya je la. sebab tuu nak tally kan tarikh cuti. DANN alhamdulillah, sebab oya belajar di IPG bermakna cuti kami sama seperti cuti sekolah. sekolah cuti pertengahan tahun.  syukur sekali lagi :D

dan untuk pengetahuan, kami lewat seminggu bertolak dari tarikh sepatutnya. ada tuu Allah nak uji. dan tarikh keramat 07 Jun 2014 berangkat oya ke Jeddah dari Changi Airport, Singapore. /

* mak uda, pak uda, angah, kak andak, kak uda


* seterusnya oya akan sambung nanti yaa. nak bersiap dulu. nak jumpa lecturer. 


Sunday 26 January 2014

:: 2014

salam alaik.
ini entry pertama bagi tahun 2014.
alamaak. macam dah lewat je nak ucap selamat tahun baru.
x apalaa. biarkan semuaa bersemangat je nak lalui hari-hari mendatang. eceh :)

*alaaaa. kartun ni comell :D

AHAD 26.01.2014
hari pertama menjalani praktikum. untuk pengetahuan praktikum ni dah kali yang ketiga.
kiranya sebelum ni dah pernah melalui praktikum. cumaa praktikum kali ni lama sikit. 3 bulan.

sekolah kali ni juga sekolah yang paling dekat la juga oya dapat. sebab 2 buah sekolah sebelum ni dekat Dungun. jauh la jugaak. kalau nak berulak-alik macam x kut. sekolah ketiga ni pun oya duduk berenam. 3 buah sekolah yang berbeza.

tapi. entah la. rasa macam x bersemangat je nak lalui sesi praktikum kali ni. x tau la sebab apa. ingat lagi dulu masa praktikum pertama. wah! seronok. maklumla, first time kuut nak masuk sekolah. dalam hati tuu fikir
'macam mana nak masuk sekolah ni?' 'budak-budak ok ke tak ea?' 'nak bawa apa je pergi sekolah' bla. bla. memang serius. ke hulur ke hilir tanya senior. 'akk, macam mana kat sekolah? takutnyaa'. rasa macam comel je duluuu tau!

sekarang ni giliran hadek-hadek pula tanya kat kita. ewah, besar dah aku ni rupanya kan? hehe
betulla orang cakap. mereka akan lalui apa yang kita pernah lalui. dan kita lalui apa yang pernah mereka lalui. eh, faham ke apa yang oya nak cakap ni. x kisah la. tapi insha Allah oya akan cuba buat yang terbaik untuk praktikum kali ni. nebes memang ada. biarpun ini kali ketiga dah oya berpraktikum. setakat ni dah 2 hari oya dekat sekolah ni. masih membilang hari untuk tamat berpraktikum. haih! x baik. x baik. haha ;p

apa pun mohon semua doakan oya. semoga praktikum kali ini lebih baik, lebih hebat, lebih bertenaga, lebih serius, lebih semuaanya dari yang lepas-lepas.
FINAL YEAR kena buat molek. x boleh dah nak lepas tangan macam tuu je. huaa. bukan oya laa. orang lain. ekeke

ok. inilah Wajihah. practicum mate oya selama 3 bulan.
selamat bekerja bersama wajihah. kita saling menolong ya. hehe
oh lupa. dia orang Perlis. Mata Ayaq. 


ok. sekian sahaja untuk kali ni. nanti kita sembang lain. 
hehe.
p/s: DOAkan KAMI!! <3