Thursday 5 December 2013

:: pengalaman

*entry ini panjang berjela-jela. harap maklum 




cerita ini adalah pengalaman kami sendiri.
untuk kenang-kenangan bersama. insha Allah :)


Tragedi Hitam. 
Rimba Bukit Bauk, Dungun, nostalgia penuh mendebarkan.
(Sekadar perkongsian pengalaman dari kami berenam yang masih mentah, first-timer yang cuba nak tawan Bukit Bauk, Dungun, dari pengalaman mungkin lebih kurang sama, just nak berkongsi untuk tatapan dan panduan orang ramai (mungkin) dan selebihnya untuk kami refleksi diri dan atleast ada kenangan memori dan bentuk tulisan, bolehla anak cucu baca nanti. Haha) Naik pukul 5.56 petang, turun 7.30 malam




Cerita 1, by Masniwati Abdullah Sani 

Kami ke Bukit Bauk. Tujuan memang untuk berjogging. Walaupun diri ni tak berapa nak berjogging. Tapi sy tetap pergi jugak untuk melihat keindahan ciptaan Allah. Kami mula pendakian pukul 6 petang. Oleh sebab kami tak tahu berapa jam yang diperlukan untuk sampai ke puncak dan turun semula, saya dan Oya, sahabat saya a.k.a irma..hehe, hanya sampai ke point yg pertama dan Dibah, Pyka, Wajihah dan Diyana sampai ke point seterusnya. Walaupun kami tak berjaya sampai paling atas, tapi kmi tetap gembira dapat sampai ke tahap itu. Dapat melihat indahnya alam ciptaan Allah..subhanaAllah. 
Pada masa tu jam sudah menunjukkan pukul 6.40 petang. Jadi kami decide untuk turun dahulu dan tunggu yg lain kat bawah sebab suasana dah gelap. Tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Memang menyeramkan buat kami berdua. Bayangkan hanya kami berdua pada waktu tu dan suasana dah gelap sgt. Rasa menyesal dalam diri sebab tak turun awal-awal lagi. Bermacam ayat Al-Quran kami baca dalam hati. Kami berdua masing-masing mendiamkan diri tanpa bercakap apa-apa. Sebab dalam hati memang dah takut sangat. Kami pun tak berani untuk pandang merata-rata. Pandangan kami hanya berfokus kepada jalan sahaja. Kalau boleh diri ni nak tunduk je, tengok bawah je, tapi nanti takut terlanggar apa-apa pulak, jadi saya hanya pandang ke hadapan sahaja.
Memang agak menyeramkan sebab kami hanya berdua dan suasana dah gelap. Walaupun ada satu ketika tu, tiba-tiba je Oya pegang tangan saya, terkejut jugak sebenarnya tapi saya hanya buat biasa je. Kami saling memberi semangat. Akhirnya kami selamat sampai di bawah. Syukur pada Allah SWT. Terima kasih Oya, kerana Oya diri ni jadi berani, terimak kasih Oya sebab jadi berani untuk Masni. Kami masih menunggu kawan-kawan yang lain tiba dengan penuh debaran dengan harapan mereka juga ok. Dan semua selamat tiba. Alhamdulillah, dan selepas tu baru semua pakat menceritakan apa yang dirasa masa di atas bukit. Apa yang saya rasa juga, rupanya Oya pun rasa benda yang sama. Walaupun agak menakutkan apa yang saya dan Oya rasa masa atas bukit dekat tempat yang paling gelap tu, tapi semua tu kami ambil pengajara. Syukur pada Allah kami semua selamat. Terima kasih semua. Dibah, Pyka, Wajihah, Diyana dan Oya ukhuwwah fillah,
#p/s : Seronok Wajihah dan Oya akhirnya ikut sekali 

Cerita 2, by Irma Mardhiah Othman 


Pengalaman yang tidak dirancang, insha Allah menjadi kenangan sepanjang hayat.
081113: ke Dungun tanpa dirancang, dalam fikiran hanya mahu ke Kuala Terengganu. Namun, takdir Allah mencampakkan kami bumi Dungun. Alhamdulillah.
Ke Bukit Bauk, tanpa sebarang persiapan. Mental mahupun fizikal. Gagahkan diri untuk terus mendaki. Bersama 6 orang rakan dan semuanya wanita.
Mulakan pendakian dengan jam menunjukkan angka 6.05 petang. Naik-naik bukit, tengok ramai mula turun ke bawah untuk menamatkan pendakian mereka. Kami, baru bertatih-tatih ke atas. Siap kena tinggal lagi dengan jaguh 4 orang dihadapan. Hehe
Nak naik ke puncak macam x sempat dah. Ok. Stop sampai CP pertama, sempat bergambar. Melihat keindahanNya. Dan menunggu jaguh 4orang di hadapan untuk turun ke kaki bukit bersama.
Tunggu, punya tunggu batang hidung pun x Nampak. Matahari semakin melabuhkan tirainya, bacaan Al-Qur’an sayup-sayup kedengaran. Maghrib hampir tiba. Ya Allah, mana dorang ni? X kan nak tinggalkan kitorang berdua ke disini? Tepon2 x dapat. Haila. Memang mendera perasaan kitorang la budak jaguh 4 org tuu. -.-
Hati berkira-kira mahu turun ke bawah bersama sekumpulan anak muda. Dorang macam tengok2. Kitorang. Sebab ada oya dengan masni je kuut. Org lain x ade. Mungkin dalam fikiran dorang ‘betul ke budak ni?’ Nampak la gaya dorang melihat kami ni macam nak ajak turun bawah sekali. Tapi kitorang je yang x paham maksud dorang. Huuu . Memikirkan kawan 4 orang lagi kat atas yang belum nampak bayang, terpaksa lupakan dahulu hasrat turun ke bawah.
Masni telefon dba. Alhamdulillah. Allah nak tunjuk jalan kutt , dba angkat call. Padahal sebelum ni call banyak kali x angkat kuut. Tuu la kan, Allah nak tunjuk biarkan kitorang turun sebelum kawasan lagi gelap. Tambahan pula dba cakap ‘x pela, korang turun dulu, jangan tunggu kitorang. Kitorang x sampai puncak lagi ni!’ hah. Lepas tu memang laju je la kan kitorang turun. X tengok tepi dahh. Tapi melihat pada kegelapan hutan menuntut kami turun dahulu ke bawah biarpun hanya kami BERDUA ! sekali lagi BERDUA ! oya dah buat keputusan dah sebenarnya, kalau dorang x angkat call, memang oya akan turun. Sebab dah malam. x ada orang lain. X kan nak tunggu sini je. Memang lajuuu je turun. X fikir apa. Yang dalam fikiran nak cepat sampai turun bukit ni. masni pulak cakap. ‘oya, takut’.. lagi la macam berdebar je hati ni haa. ‘diam masni, zikir!’ terdiam masni. Sory ea. Sebab rasa cuak sangat. X tau nak cakap macam mana. Sebab oya terfikir, azan dah masa ni. Memang waktu ‘dia’ berjalan2. Allah. Allah
Zikir x lekang dari bibir. Time macam ni pulakk kan nak terbayang macam2. Siang2 tadi elok je naik bukit. X terbayang apa pun. Hailaa. Bismillah. Perjalanan diteruskan. Sampai satu jalan tuu gelap jee. Tapi yang pelik kawasan tuu je gelap. Sebab Nampak kawasan selepasnya cerah. Masa tuu terbayang kuut kalau tiba2 ada benda menarik ke tepi. Nauzubillah. Masni pulak tunduk jee. Oya? Kalau tunduk kang x Nampak jalan. Diamm je lalu situ. Lepas keluar dari kawasan tuu rasa leganya ya Allah. Memang letak pergantungan pada yang Esa je. Sebab nak hadirkan rasa yang kalau betul kita letak pergantungan pada Allah, insha Allah, Dia akan tolong 
Oya, lama lagi ke nak sampai? ‘
‘x kut masni, 5 minit sampai la kuut. …. Atau 10 minit (masa ni cakap slow2. Takut masni rasa cuak sebab lama lagi)
Jalan. Jalan. Dan ada satu kawasan tuu oya dengar ada derap kaki. Serasa oya gaya derap kaki tuu macam nak turun bawah jugak. Sekali dengan kitorang. Sebelah masni pulak tuu. Oya rasa lain macam dah. Terus pegang tangan masni. Nasib masni x cakap ape2. Kutt la dia cakap oya buang tabiat ke ape. Atau oya dengar x? hmm. Oya dah rasa cuaakk. Sebab gaya bunyi tuu macam dia pun nak turun ke bawah dengan cepat. Sama macam perasaan kitorang time tuu. Nak cepat turun ke bawah. Dalam fikiran terfikir juga. Mungkin Allah hantar ‘guide’ peneman kitorang ….
Masing-masing diam. X berani nak cakap ape. Tiba2 dengar bunyi kereta. ‘hah, masni. Nak dekat dah tuu. Jap lagi sampai, kejap je lagi ni’
Dalam masa tengah teruskan perjalanan tuu dengan tengah bunyi kereta, tapi rasa macam jauh je lagi. Mana ni? Macam kuat kan, tengok sekeliling Nampak pokok, betul dah. Ni kawasan naik tadi. Insha Allah betul nih.
Nampak pulak lampu oren. Ok, Alhamdulillah. Makin dekat. Makin dekat. Ya Allah, kau mudahkanlah perjalanan kami. Dannn sampai jua ke bawah. Dengan lampu kereta. Terima kasih ya Allah. Tengok2 ada 3 kereta. Ok. X pe. Dorang ada lelaki jaga kat atas. Mesti dorang berani.
Turun-turun bawah, lepak tepi kereta. Menunggu baki yang 4. X sangka pula…….
(ahah, sambungan cerita dari mereka berempat. Bukan. Silap. berenam campur lelaki+ wanita ituu) ;p

Cerita 3 by Adibah Ibrahim 


Pengalaman mendaki Bukit Bauk: 
Alhamdulillah pendakian kami hampir ke puncak walaupun tak smpai puncak.. Hewhew..
Pengalaman yang paling mencabar pernah saya alami ialah ketika turun dari bukit. Bermacam-macam perasaan saya dan beberapa orang kawan yg rasai.
Semuanya bercampur baur menjadi satu.
Semuanya kerana kedegilan kami.
Ketidakendahan kami tentang keadaan dan masa ketika itu.
Akhirnya, pengalaman yang mengerikan dan menggerunkan yang kami hadapi akibat keterujaan kami mendaki.
Namun begitu, alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat kepada Allah SWT kerana melindungi kami daripada bencana dan malapetaka yang tidak diingini.

Cerita 4, by Wajihah Abdul Nasir 


Bismillahirrahmannirrahim..
Alhamdulillah hari ini Bukit Bauk, Dungun berjayaku takluk. Bak kata org buang tabiatnya bila Bukit Besar Kuala Terengganu takkku jejak, Bukit Bauk Dungun nak kutawan.  Pengalaman indah pelbagai rasa. Takut-cuak-kelakar-pengharapan-keyakinan persahabatan..indahnya satu pembelajaran..subhanAllah. Lencongan u dibuat. Tujuan asal melihat sekolah praktikum akhirnya mmbawa aku dan Oya ke Dungun..takdir Allah siapa tahu? Sehelai sepinggang mendaki..sejam lebih untuk sampai ke puncak. Mental fizikal diuji. Alhamdulillah, aku berjaya mencabar diri!
Dan ini utk dikongsi. Saat pndakian pling mnguji..minda berkata nak naik lagi ke? Ish, boleh ke aku p atas lagi ni? Kepala otak pun dah rasa kebas..tolonglah bertahan ye badan..jangan awak jatuh bergolek ke bawah..kesian kawan saya nak kejar dan angkat nanti, keputusan kubuat. Biar kawan naik dulu nanti aku kejar, InsyaAllah boleh. Duduk..pejam mata..Istighfar..lemahnya kudratku. Tiba-tiba ada tangan menghulur  Terkejut? Semestinya..tapi lebih dari itu….Allahuakhbar.. Terima kasih ya Allah kerana datangkan bantuan melalui mereka…tautan, ikatan dan paduan itu satu kekuatan..yup aku boleh, InsyaAllah!!! Cepat3..hehe. Kesudahannya pengalaman ni kawan-kawan saya sambung. 
Tapi sebelum tu, bonus pengalman sikit, monolog time nak turun..
Sekarang, aku cuma perlu bertahan, luaskan langkah, kerana kat bawah masih ada yang menanti. Sabar eh awak berdua (Masni dan Oya). InsyaAllah, mereka boleh, aku pun boleh!!! Wallahua'lam.

Cerita 5, by Pyka JJ 


9hb Nov 2013 : 
Suatu pengalaman yang mungkin susah akan aku lupakan sebab aku ni bukannya jenis rajin naik-naik bukit ni, tetapi disebabkan rasa boring kat asrama dan sekarang mood nak berjalan je, jadi aku pun setuju la nak join pendakian ni. Jadi bila dah sampai je bukit tu, bermulalah pendakian kami, ada enam orang semuanya (nak sebut nama ke, rasa dah tau da kot..hee). Mula-mula je naik, aku rasa dah tak larat sebab bukitnya sangat curam dan aku ni memang jenis pemalas sikit nak jalan-jalan guna kaki ni, no wonderlah kot orang cakap aku da berisi sikit, haha. Tapi kaki ni digagahkan lah jugak sebab aku antara orang yang teruja nak mengajak orang pergi, jadi kalau tak larat naik, agak malula di situ kan (macam malu je, macam malu je, haha). Jadi kami berenam pun teruskanlah mendaki sehingga ke pencawang yang pertama. Sampai je di situ, aku dah terpisah dengan dua orang kawan dan join lagi 3 orang dah yang ada kat depan.
Kami pun teruskanlah mendaki untuk naik ke puncak. Otw naik ke puncak tu, aku rasa kaki aku dah lenguh sangat dan rasa macam tak boleh je nak bernafas, tapi bila fikir dah alang-alang kami dah mendaki, mestilah kena sampai ke puncak. Kalau mengalah, memang sia-sialah kami da datang jauh-jauh kan, tapi tu bukan masalah utamanya sebab aku boleh minum air dan berhenti rehat, yang menjadi masalahnya bila kami dah hampir tiba di puncak, waktu tu dah nak masuk maghrib dan suasana mula makin gelap. Time tu dah takde orang turun dari atas, yang ada hanya sepasang couple je, dan selepas sesi bergambar tu bila kami nak turun balik, kami da rasa lega sikit sebab bukan kami je yang ada kat atas lagi sebab ada lagi sepasang couple tu. Jadi, kami pun teruskanlah berjalan dan tak mampu nak seiringan dengan couple tu sebab diaorang jalan lambat bebenor sedangkan masa tu dah memang gelap dan kedengaran dari jauh suara dari masjid berhampiran tanda orang dah mula solat Maghrib berjemaah. Jadi kami hanya berempat je la yang mengharungi detik-detik kecemasan dan perasaan masa tu memang Allah je lah yang tau. Taktau nak gambarkan macam mana, bila suasana makin gelap dengan kiri dan kanan hutan-hutan yang tebal, kami mula teringatkan segala macam edisi cerita orang pernah ceritakan tentang bukit ni. Masa tu, macam-macam perkara yang bermain di fikiran aku, aku dah terbayangkan kalau bertembung dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya dan aku terbayang tak jumpo jalan nak keluar dari bukit.
Dalam masa yang sama jugak, salah seorang daripada kami dah mula keletihan sebab dah pegang-pegang pinggang sebab tak larat. Tapi kami tetap tak boleh berhenti untuk bagi dia rest sebab keadaan makin gelap dan menyeramkan. Masa tu, mulalah datang perasaan menyesal sebab tak dengar nasihat kakak aku pasal bukit tu. Aku dah terfikir kalau kami sesat, mesti heboh dah di front page newspaper pasal student IPG yang tak jumpa jalan keluar dan paling merisaukan bila aku dah ternampak cahaya-cahaya putih dan aku sedapkan hati, takde benda apa pun tu. Paling risau sebenarnya, kalau sekiranya ada di antara kami yang ternampak makhluk-makhluk asing dan mula panik, dan yang lain pun panik atau ada antara kami yang histeria tengah-tengah hutan yang gelap tu (astaghrifullah). Masa tu memang kami da berhenti bercakap antara satu sama lain, yang meniti di bibir kami hanyalah ayatul Kursi berulang kali tanpa henti, tanpa jemu. Sampai di kawasan yang sangat gelap, memang langsung tak nampak jalan hinggakan terpaksa gunakan cahaya lampu dari telefon bimbit masing-masing. Masa tu ketakutan dah mula menjengah malah makin mendebarkan, walaupun keyakinan bahawa Allah SWT tetap ada dengan kita tapi bila bisikan syaitan datang dengan pelbagai kerisauan yang hadir dalam minda, dan apa sahaja yang berlaku tetap Allah boleh uji, kami teruskan perjalanan sehinggalah alhamdulillah kami nampak cahaya oren (lampu jalan) dan bunyi deruan kereta di jalan raya bawah tu.
Bila dah nampak kereta pecut-memecut di jalan besar perasaannya lega sangat dan bersyukur sangat-sangat sebab dapat jugak keluar dari rimba bukit ni (rasa macam pelakon dalam movie je, (tambahan). Perasaannya ketika tu, seakan-akan anak kecil yang berlari-lari nak dapatkan pelukan mak abah bila pulang dari sekolah, kami pun gumbira sebab akhirnya jumpa jugak dua orang ‘mak abah angkat’ iaitu Masni dan Oya yang dah kecapekan sembelih nyamuk yang datang silih berganti hinggap kat muka. Alhamdulillah, pengalaman yang cukup bermakna dan suatu pengajaran yang sangat-sangat mengajar kami mengenai kecaknaan terhadap masa dan perkara-perkara seperti ini tidak boleh dipandang remeh.
#Bila teringatkan pengalaman semalam, rasa macam tak percaya je diri ni berada dalam pengalaman macam tu, apa-apa pun Alhamdulillah Ya Allah kerana melindungi kami hamba-hambaMu yang dhoif ini daripada sebarang perkara yang tidak baik.
AllahuRabbi, SubhanAllah.

Cerita 6, by Dyana Shaiful Bahri

Sebenarnya, dalam pendakian yang tak berapa nak mendaki tu, rasa terharu jugak sebab sahabat-sahabat tetap bersemangat nak sampai puncak walaupun masa tu dah nak maghrib, langsung lupa risiko betapa gelapnya kat bawah tu dan betapa panjangnya trek rimba ni. Sebab keterujaan nak sampai puncak, bolehla pulak bagi idea, kalau kita sampai puncak dan dah azan, kita stay sampai lepas azan dan baru turun balik. Bolehla pulak fikir macam tu. (Idea melampau, bajet berani!)
The best part dalam pendakian tu, bila minda da terbayang segala macam keburukan yg ada, yg boleh berlaku, yg pernah ditonton dalam filem. Semuanya jadi jelas dengan langkah kaki makin laju makin deras, keadaan makin gelap. Allah je tahu perasaan kami waktu tu, takut-seram-gelap-berdebar-cemas, semuanya bersatu dalam kegelapan bukit yang penuh dengan rimba kiri dan kanan. Alhamdulillah, mulut kami tak henti membaca ayat Kursi berulang kali, ajaibnya tak letih dan terus yakinkan diri. Bila tengok salah seorang daripada kami dah mula macam tak larat, dah terbayang dah, even apa pun yang jadi, tetap takkan tinggalkan siapa-siapa pun antara empat orang ni keseorangan.
Dan akhirnya kami selamat jua tiba di kaki bukit, tempat permulaan kami dengan keterujaan untuk sampai ke puncak tapi akhirnya bawa kisah yang akan kami abadikan sampai bila-bila. Cukup bermakna, cukup berharga. Allahu pengalaman sangat mencabar dan mengajar kami betapa tahap kebergantungan Allah adalah perlu dan penting setiap masa. 'Letak Allah di hadapan walau apa pun yg berlaku' -pesan sahabat sebelum pendakian bermula. Dalam kegelapan senja merangkak malam, hati tak berhenti berdoa, ya Allah pendekkan laluan kami, Engkau Pelindung kami..Anta Waliyyuna Anta Waliyyuna. Ameen.  Terima kasih semuanya, korang memang hebat. Superb woman. Hehe.