Wednesday 15 February 2012

13 rekod dunia yang dipegang oleh bantera Nabi Nuh a.s

salam alaik.~
apa kabar semua?alhamdulillah.oya baik-baik aje.:)

em, oya nak share info yang oya dapat dari blog .
boleh klik disini ye.rekod


siapa yang tahu tentang kisah Nabi Nuh a.s? kepada yang belum tahu dan ingin tahu mari oya ceritakan tentang kisah bahtera Nabi Nuh a.s secara ringkas..

Allah telah memerintahkan Nabi Nuh untuk membuat bahtera. Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh a.s mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang teleh ditanam selama 40 tahun.

Melalui wahyuNya, Allah membimbing Nabi Nuh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan ribut taufan dan banjir besar. Bahtera yang dibina Nabi Nuh a.s juga dikatakan telah memegang beberapa rekod dunia. :

1] Nabi Nuh merupakan Nakhoda Tertua di Dunia ( berusia 600 tahun )
* Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun.
Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun

2] Bahtera Nabi Nuh merupakan Kapal Terbesar di Dunia yang diperbuat dari Kayu
* Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya mengapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 kublit dan lebarnya 600 kublit dan mempunyai 3 lapisan

3] Bahtera Nabi Nuh a.s merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama di Dunia
* Allah membimbing Nabi Nuh a.s agar membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia

4] Bahtera Nabi Nuh merupakan Alat pengangkutan Laut Pertama di Dunia yang diperbuat dari Kayu
* Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun

5] Bahtera Nabi Nuh a.s merupakan Kapal bertingkat Pertama di Dunia ( 3 tingkat )
* Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 kublit dan lebar 600 kublit dan mempunyai 3 lapisan. 
Tingkat 1:Diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan
Tingkat 2: Manusia
Tingkat 3: Burung-burung

6] Bahtera Nabi Nuh merupakan Kapal Belayar yang tertinggi di Dasar Laut
* Menurut Al-Qur'an, bahtera Nabi Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat menunjukkan suatu gunung diwilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian Selata Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak diwilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang dipanggil oleh orang Arab sebagai Jazirah Ibnu Umar ( Tafsir al-Mishbah )


* yang selebihnya oya akan sambung kemudian ye.~

jeng.jeng.jeng.:D

Sunday 5 February 2012

:: ya Rasulullah

salam Maulidur Rasul

saranghaee Rasulullah~