Thursday 27 June 2013

:: hero kami

ayah, qaid, abang

mereka hero keluarga kami :)

dan untuk pengetahuan semua, alhamdulillah oya mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki.
mereka sahaja hero dalam keluarga kami. terima kasih Allah.

AYAH : ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki untuk kami sekeluarga, tidak pernah merungut, mencuba memberi yang TERBAIK dan memberi KESELESAAN pada anak-anaknya. ayah yang sering menegur akhlak anak-anaknya untuk menjadikan anaknya seorang INDIVIDU MUSLIM yang teguh mengamalkan ajaran ISLAM. Allah. :') dan pelbagai lagi kebaikan yang ayah dah buat. Allah, rahmati ayahku dunia akhirat.

QAID : satu-satunya adik lelaki dalam keluarga. adik yang sangat menyayangi abang dan kakak-kakaknya. gembira bila semua ahli keluarga dapat berkumpul. cintakan kucing. sedikit nakal (normal la kan, budak-budakk) namun ada sifat penyayang dalam diri. suka melukis, tapi selalu x ade idea nak lukis ape. -.-' , berusaha menabung untuk membeli android, namun duit ituu sering diambil untuk membeli ice cream. hukkss~ semoga adikk kami ini sihat selalu dan berada dibawah naungan Allah hendaknya. moga apa yang diidamkan menjadi kenyataan. qaid nak jadi pilot yang berimann. ameen :'D

ABANG : merangkap anak sulung dan berusaha untuk memberikan yang TERBAIK untuk adik-adiknya. menjadi 'ayah' jika ayah keluar ke program. selalu menjaga KESELAMATAN adik-adiknya. insan yang selalu menjadi mangsa barang di kedai kalau barang-barang didapur tidak mencukupi dan sekali lagi pergi ke kedai  kerana adaaa lagi barang tertinggalll. mahaapp abang. hihi. alhamdulillah, bulan 2 yang lepas abang selamat di IJABKABULKAN dengan pilihan hatinya, kak wani. didoakan semoga mahligai yang terbina berkekalan ke akhirNya dan selamat melayari bahtera berdasarkan ciri-ciri ISLAM. insha Allah. masih juga menantikan cahaya mata merangkap anak saudara bagi oya, mohon doakan kawan-kawan. hihi ;')


* Allah, peliharalah keluarga kami. ameen 

Wednesday 26 June 2013

:: bekalan




salam alaik. alhamdulillah. alhamduliilah.
kesempatan menunggu kelas yang kunjung tiba, boleh la update blog ni kan? :)

Allah. berapa hari lagi kita akan bertemu dengan ramadhan.



*meh kita amalkan doa ni sama-sama yukk. khas untuk oya juga yang kadang terlupa nak baca doa ni T__T


ehem, berbalik pada post kali ni oya nak cerita tentang bekalan.


oh, adakah bekalan ini yang oya maksudkan? teringat zaman sekolah, setiap pagi kalau boleh nak bawak bekal. savee budget. kan? dan yang paling best bawak bekal bersama rakan sekelas untuk dimakan beramai-ramai. vah, vah. ukhuwah bersama. :)

tapi, sebenarnya bukan tuu yang oya nak kongsi pada semua. ini bekalan dari sudut yang lain. eh?


post yang lepas oya ada cerita tentang keohseman usrah kan? ini  jadi, ini lah maksud oya bagi bekalan kita. em, ada kan kene-mengena dengan gambar di atas? hehe


26 Jun 2013 
- alhamdulillah, selesai berbulatan gembira. dan untuk maklumat semua, kami kini ada ahli kumpulan baruu. yeyy!! dari UMT dan UnisZa. ahah, dapat pengalaman baru dari rakan2 usrah baru ni. insha Allah. melalui usrah kami belajar pelbagai perkara. dan ketika usrah juga masa untuk kami recharge our iman 

dann terjadi suatu dialog ketika kami pulang ke IPG:

oya : 'tika, seronoknya usrah. lepas usrah kita mesti akan rasa manisss sangattt kan? kenapa ea? rasa x boleh nak diungkapp' uhuuukk ~

tika: 'kan oya? rasa happy sangat. tapi kan, diam tak diam kita ambil hampir 4 tahun untuk rasa rapat macam ni'

oya: 'sanggaaatt tika. dulu mana oya ngam dengan tika nii ha.. macam mane ea. kita dari dunia yang berbeza tapi berjumpa bawah fikrah yang sama. Allah. Allah. hebatnya Allah T_T'

** lebih kurang begini laaa perbualan kami :) 

usrah ini usrah yang terakhir buat kawan kami dari UMT dan UnisZa sebelum mereka bercuti semester. laaa, baru jumpa. x pe. x pe. percaya pada jodoh :)

hujung minggu ni jaulah ke besut berjumpa akhawat besut pula.
looking forward. moga Allah mudahkan urusan kami :D

Monday 17 June 2013

:: dakwah itu ohsem!

salam alaik.
alhamdulillah. masih berkesempatan untuk 'berkarya' di teratak ini. hehe

hampir 4 tahun meninggalkan alam persekolahan. Allah. rindu rasa pada sekolah.
cuti sekolah lepas, berkesempatan untuk pergi walimah senior sekolah menengah dulu. apa yang menarik sekali, jamuan walimah ini diadakan di dewan sekolah rendah.


ahah. untuk pengetahuan semua, sekolah rendah dan sekolah menengah kami ni bersebelahan je. kira jalan kaki je kalau nak ke sekolah menengah. kantin berkongsi, musolla pun kami berkongsi. ukhuwah gituu. hehe
alang-alang ke sekolah, rugi rasa x melihat sekolah yang memberi 1001 pengalaman.
tipu kot kalau oya tanya, 'siapa yang x rindu zaman sekolah dulu?' . at leasttt la, mesti ada juga teringat sikit. dalam 1% ke. kan? kan? jadi, semestinya kita memang rindu zaman sekolah. oh, syahdunya


rindu zaman nakal-nakal dulu. tapi x nakal sangat kuut. hehe. biasakan, kita yang nak menginjak dewasa :D

dan, disini juga oya mula mengenal apa itu usrah. alhamdulillah. oya rasa betapa HEBAT hidup dalam usrah. ya, ada mereka yang baru mula mengenal usrah. dan ada juga yang masih belum mengetahui apa itu usrah. masih sempat untuk mengetahuinya :)



ketika saat ini,  oya masih lagi belajar untuk menjadi individu muslim yang sempurna. ada juga yang berbicara mengenainya. 'eh, budak ikut usrah pun buat salah?' , 'ish, dorang ni, join usrah, tapi masih juga...'.
dan ini antara yang oya dengar mengenai pandangan mereka terhadap golongan-golongan yang mengikuti usrah. memang, kami juga mempunyai kekurangan, tidak kami nafikan. dan kami juga menjadikan usrah sebagai satu medium untuk kami terus memantapkan diri kami. dengan izin Allah. dan harapnya melalui usrah ini, sedikit sebanyak ia dapat membimbing kami. dan itu juga yang oya alami. insha Allah

namun, untuk pengetahuannya, oya juga bukan dalam kalangan mereka yang hebat. oya masih ada kekurangan. naqibah msg ada usrah, tapi kita sibuk. x dapat pergi. cuba berdalih. alasan itu, ini etc.. benar kan apa yang oya katakan. kami sendiri mempunyai kekurangan. cuba berdalih. namun, fungsi sahabat. mereka menegur kita. mereka tidak meninggalkan kita keseorangan. Allah. Allah. :) dan kata-kata ini yang cuba oya terapkan.


" usrah bukan segalanya, tetapi segalanya bermula dengan usrah''



p/s: harapnya oya masih kuat. ameen. ameen

Thursday 6 June 2013

speechless

do not give up,
the BEGINNING is always the hardest

Wednesday 5 June 2013

:: menjadi tetamu Allah

bismillah.
salam alaik.


tidak mampu berkata. moga segala urusan umi dan ayah dipermudahkan segalanya.
selamat pergi dan selamat pulang dengan izin Allah. in sha Allah <3


doakan giliran oya pula menjadi tetamuNya. ameen 

:: dugaan dan cabaran mematangkan

bismillah..
salam alaik.
* sambil mengelap-lap blog yang sudah bersawang T__T

alhamdulillah. masih diberi kesempatan untuk menghembus nafas.
hmm. apa akan jadi jika Allah menarik nikmat. hanya sekelip mata. 'kun fayakun'. apa yang dikatakan, maka JADI lah ia.

mengikut kalendar hari ini 06 hb Jun 2013. bersamaa 27 Rejab. Allah. 27 Rejab sudah? sekejap masa berlalu. tinggal berapa hari lagi kita akan menemui Ramadhan. bersediakah kita? jum check list :)


ok. post oya kali ni nak berkongsi suka dan duka sepanjang bergelar pelajar hampir 4 tahun setengah sudah. x sangka. in sha Allah tahun hadapan oya akan tamat belajar di Terengganu. doakan yang terbaik ya! :D

semester ini merupakan semester 5 dan tinggal 2 semester lagi untuk oya harungi. semangat. semangat. apa yang oya nak kongsikan disini, semester ini merupakan semester yang penuh dengan cabaran. semester ini juga oya diuji dengan pelbagai masalah. lemah rasa diri ini. Allah. Allah T_T

mungkin silap oya Allah uji didunia lagi. lihat, betapa sayang Allah pada hambaNya. mungkin juga Allah mahu oya lebih matang dalam mengharungi kehidupan seharian. mungkin juga silap oya yang kadang-kala leka dan alpa dengan kenikmatan dunia.

cabaran yang oya hadapi sangat perit dan oya akui kebanyakan masalah yang kaum hawa akan hadapi berbanding kaum  adam. 'masalah rakan'. WHAT? kawan? sahabat? " ala, perempuan selalu macam tuu. sikit2 gaduh". yes. that's it. mungkin kita x sedar personaliti setiap orang berbeza, bahkan even kembar, dorang juga mempunyai personaliti yang berbeza.


begitu juga kawan. insan yang hampir dengan kita. jangan kita harapkan sesuatu yang sempurna. sesuatu yang PERLU ada bagi semua orang. x adil bukan. masing-masing perlu belajar mengadaptasi hidup dengan rakan masing-masing. dan itu yang cuba untuk oya lakukan. mungkin semua menganggap tempoh 4 tahun lama. ya, memang sangat lama. tapi mungkin belum sepenuhnya kita mengenali seseorang, that is me!! ;'(

sedih sangat. tapi oya tahu, kita masih ada masa untuk menuju ke arah hadapan. lupakan yang lepas. oya juga sedang mencuba. menyedari bahawa diri ini masih mempunyai kekurangan. disini, oya juga ingin memohon maaf kepada yang mengenali dan oya harapkan doa yang terbaik dari kalian semua. in sha Allah.


p/s: saya sayang kawan saya. kerana Allah. sungguh merindui saat mesra bersama. maafkan saya, teman.