Thursday 5 July 2012

:: selamat hari guru

alhamdulillah. 1 Julai yang lepas tamat sudah sambutan hari guru peringkat IPG Kampus Dato' Razali Ismail.
majlis berjalan seperti yang dirancang. walau oya x dapat melibatkan sepenuhnya kerana kami terlibat dengan perkhemahan Unit Beruniform ( UB ) Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). alhamdulillah juga kami berjaya mendapat pangkat Leftenan Muda. hehe. perkhemahan kami diadakan di Sekayu, Hulu Terengganu selama 4 hari 26-29 Jun yang lepas. gambar nanti-nanti la ye. oya x sempat nak menangkap gambar gune phone murah ni. jadi kene tunggu la ye oya sedut dari kawan. hewhew

------------------------

*pentas utama sempena hari guru


* sesi mencuba bermain drum ini. =...=

# ok la. oya rasa setakat ni dulu. hari ni rasa sangat rajin pulak kan? tengok la dulu berapa bulan pulak oya nak update. hikhik :p

:: RAJIN

salam alaik.
hehe. hari ni rase nak update laju-laju. haha. banyak pengalaman yang oya nak share sebenarnya tapi masa tidak mengizinkan untuk oya update. hmm. masuk semester baru ni sibuk die lain sikit. sibuk ape puun x tau la. :p

ok. kali ni oya nak share lukisan yang kami buat. ehem. sebelum tuu oya nak beriathu dulu, semester ni alhamdulillah masuk sudah semester 4. x sangka kan? dah dekat 3 tahun oya belajar di Terengganu. insya Allah 2 tahun lagi . 2 tahun lagi. doakan ye! :) er. masuk tajuk balik ye. hehe. sebenarnya sem ni kami ada mengambil subjek Seni Dalam Pendidikan ( SDP ). lecture yang ajar subjek ni sangat sporting + seronok belajar dengan beliau. En. Mansor bin Abd Rahman. :)

ha. oya nak kongsi la apa yang oya belajar ketika subjek SDP ni. jap. jap ye! :'D

* agak-agak ni ape? [ lukisan kawan ]

* dan apa ini? [ lukisan oya ] -.-
x nampak bentuk zirafah dengan sotong kan? :(

* ini? [ lukisan kawan ]

* squidward [ lukisan oya ] -.-

 * lukisan kaka liza canteeek [ lukisan kawan ]

* gambaran muka En. Mansor oleh kaka liza [ lukisan kawan ]


* apa-apa pun kami seronok masuk kelas SDP :)

:: so sweet. masya Allah

Allah. moga berbahagialah mereka :)
Selamat Pengantin Baru .
BARAKALLAH ~

Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana Allah, itulah kebahagiaan <3
firman Allah :

" lelaki yang baik untuk wanita yang baik "


moga berkekalan hingga ke akhirNya. 

-- Apabila telah berkahwin seseorang umatNya itu, maka dia telah melengkapi separuh daripada agamanya. Maka dengan itu bertakwalah kepada Allah di separuh yang lainnya selepas berkahwin --
 [ Riwayat Bukhari ]

* ihsan mr. google

* ihsan mr. google

* ihsan mr. google




p/s : serius. gambar dari the kliker sangat awesome :)


Love After Marriage :)

:: lamanya

salam alaik.
apa kabar semua? maaf. maaf. hanya ucapan itu yang mampu ku ucapkan. :)



*busy sangat ke oya ni? hehe

Wednesday 2 May 2012

:: masa yang berharga

salam alaik.~

apa kabar? Allah, lama sungguh tidak bersua. kesibukan yang melanda menghalang diriku untuk terus bergiat aktif dalam bidang ini. :P
untuk pengetahuan, seminggu dan seminggu dan seminggu dan seminggu (ayat nak tunjukkan oya sentiasa sibuk. muehehe) yang lepas amatlah sibuk. walau oya tahu ramai lagi mereka diluar yang sangat sangat sibuk berbanding dengan oya ni. :)

seminggu ni penuh dengan pelbagai aktiviti di maktab, walau oya tidak lah terlibat sepenuhnya. nanti orang cakap kita busy body pula. hehe. Namun, demi anda, oya mencuri sedikit masa untuk mengupdate blog.

entry ini selingan bagi kalian yang rindu-rinduan untuk mengetahui perkembangan semasa oya. hihi. :)

*p/s: 14 Mei oya start exam. doakan oya ye! sayang kalian. :D

Tuesday 3 April 2012

:: baucar oh baucar


alhamdulillah. pada hari ahad yang lepas ada sesi penyerahan baucar buku 1 Malaysia.
Allah. syukur padaMu. segala-gala milikMu. :)

ehem. ehem. oya nak tanya, apa yang anda semua gunakan dengan baucar 1 Malaysia ini? adakah anda menjual kepada rakan yang lain? atau menghabiskan baucar tidak sampai sehari? atau adakah anda membeli buku untuk semester-semester akan datang? atau menggantikan nilai baucar dengan wang tunai? ini mustahil. haha. sebab kalau boleh ditukar, sudahhh lama oya nak menukarnya!. boleh beli kasut baru. tehehe.~

wuhuhu. kalau anda menggunakan dengan sebaiknya tahniah diucapkan. dan mana yang memberi kepada kawan secara PERCUMA ucapan tahniah! tahniah! tahniah! diucapkan. boleh bagi oya sekeping dua. ngeh ngeh. ;p

agak kusuntukan masa juga kami guru pelatih kerana kami dapat baucar lewat dari universiti diluar sana. jadi, kami perlu menggunakan masa yang sepenuhnya untuk menebus baucar ini. :)

any suggestion book untuk oya baca sebelum tamat tempoh baucar 1 Malaysia ni sampai 30 April? :')

Tuesday 27 March 2012

:: Wordless Wednesday [1]

Ia datang dan pergi?

Allah. bantulah hambaMu ini.

:: kerjayaku.

salam alaik.
apa kabar?. bersua kita kembali disini. di blogku.
insya Allah. oya harapkan sekurang-kurangnya anda memperolehi sesuatu dari tinta penulisanku. :)
ewaaah. ayat die. x menahan kan? x pe. yang pentiing anda semua mengerti apa yang ingin oya sampaikan. hehe

**
alhamdulillah. pada 18-22 Mac yang lepas, oya dan rakan telah memulakan kerjaya kami sebagai seorang guru.


eh. silap. belum diiktiraf lagi ye jawatan kami. tetapi. insya Allah. teacher-to-be. ameen~ :D
kali ini oya dan kawan. oya namakan dia Amira. ( memang nama sebenar ;p ) kami telah jalankan PBS selama seminggu di Sekolah Kebangsaan Pengakalan Nyireh, Besut , Terengganu. untuk pengetahun semua, PBS ialah pengalaman berasakan sekolah. PBS ini sebagai persediaan sebelum kami melangkah sebagai kerjaya guru secara officially.

setiap semester kami akan lalui PBS ini selama 4 semester. Antara sekolah yang pernah oya menyumbang sedikit bakti disana. hihi.
semester 1: Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria, Johor
semester 2: Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti, Perak
semester 3: Sekolah Kebangsaan Pengakalan Nyireh, Terengganu.
semester 4: cadangan?? hihi

motif oya melakukan PBS diberlainan tempat antaranya untuk merasa pengalaman baru, selain berjalan di tempat orang. Bak kata pepatah "jauh perjalanan, luas pengalaman". ye dok? hehe.

ini kawan baru kami. dari maktab mizan. dari kiri: ain, yasmeen, kak zira. mereka sangat baik + seronok berjumpa dengan mereka. terima kasih Allah. :D



dan ini kawan oya, Amira. sama x baju kami? promote baju kelas. hehe.
sepanjang oya buat PBS, dirumah mira la oya melabuhkan badan. terima kasih daun keladi. budimu x kuu lupa! :D

ok. setakat ni dulu ye coretan hari ini. harap anda memperolehi sesuatu. :)

----------------------------------
*sempat mengupdate blog dikala esemen bagaikan gunung. hari ni nak hantar esemen arab. haha. sangat kan?
doakan oya ye! terima kasih semua. ^^

                                                                                                                                      salam sayang,
                                                                                                                                         oya <3

Sunday 25 March 2012

:: membaca menambah ilmu

salam alaik.~
Allah. lamenye rase x melawat blogku ini. bersawang-sawang. bersihkan puun masih bersawang. ke gane? hehe

hmm. oya cuma nak lepaskan kerinduan mengupdate post ni. sebenarnya oya sangat la sibuk. walau x sesibuk mana pun. apepun doakan yang terbaik ye buat oya.

oya dalam misi mencari dan untuk membaca buku ini !
sampai sekarang x sempat-sempat nak beli da baca buku ini. :(

* ada sesiapa nak bagi oya hadiah buku ni? tehee~

buku ni antara karya Fatimah Syarha. sangat suke penulisan buku2 Fatimah Syarha. bes. mana yang belum  kesempatan membaca novel Tautan Hati, boleh la membacanya. :)

sweet je tengok keluarga Fatimah Syarha. moga Allah redha. :D


ehem. ehem. oya sedang membaca buku ini. baca info yang oya dapat. insya Allah dalam proses perubahan diri. :')

membaca jambatan ilmu. ~ 

Wednesday 15 February 2012

13 rekod dunia yang dipegang oleh bantera Nabi Nuh a.s

salam alaik.~
apa kabar semua?alhamdulillah.oya baik-baik aje.:)

em, oya nak share info yang oya dapat dari blog .
boleh klik disini ye.rekod


siapa yang tahu tentang kisah Nabi Nuh a.s? kepada yang belum tahu dan ingin tahu mari oya ceritakan tentang kisah bahtera Nabi Nuh a.s secara ringkas..

Allah telah memerintahkan Nabi Nuh untuk membuat bahtera. Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh a.s mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang teleh ditanam selama 40 tahun.

Melalui wahyuNya, Allah membimbing Nabi Nuh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan ribut taufan dan banjir besar. Bahtera yang dibina Nabi Nuh a.s juga dikatakan telah memegang beberapa rekod dunia. :

1] Nabi Nuh merupakan Nakhoda Tertua di Dunia ( berusia 600 tahun )
* Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun.
Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun

2] Bahtera Nabi Nuh merupakan Kapal Terbesar di Dunia yang diperbuat dari Kayu
* Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya mengapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 kublit dan lebarnya 600 kublit dan mempunyai 3 lapisan

3] Bahtera Nabi Nuh a.s merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama di Dunia
* Allah membimbing Nabi Nuh a.s agar membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia

4] Bahtera Nabi Nuh merupakan Alat pengangkutan Laut Pertama di Dunia yang diperbuat dari Kayu
* Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun

5] Bahtera Nabi Nuh a.s merupakan Kapal bertingkat Pertama di Dunia ( 3 tingkat )
* Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 kublit dan lebar 600 kublit dan mempunyai 3 lapisan. 
Tingkat 1:Diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan
Tingkat 2: Manusia
Tingkat 3: Burung-burung

6] Bahtera Nabi Nuh merupakan Kapal Belayar yang tertinggi di Dasar Laut
* Menurut Al-Qur'an, bahtera Nabi Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat menunjukkan suatu gunung diwilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian Selata Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak diwilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang dipanggil oleh orang Arab sebagai Jazirah Ibnu Umar ( Tafsir al-Mishbah )


* yang selebihnya oya akan sambung kemudian ye.~

jeng.jeng.jeng.:D

Sunday 5 February 2012

:: ya Rasulullah

salam Maulidur Rasul

saranghaee Rasulullah~

Wednesday 18 January 2012

:: Allah bersamaku..

 " Kita nampak bulan tapi sebenarnya bulan tuu jauh sangat

Kita tak nampak ALLAH tapi ALLAH itu sangat dekat dengan kita"


:: berakhir

salam alaik,.
alhamdulillah..dapat lagi oya mencoret pengalaman di blog terchenta ini..
apa kabar semua?oya harap baik lah ye hendaknya..em,macam mane keadaan anda semua?hehe
oya batuk sikit..insya Allah sakit kafarah dosa..kan?

..

tanggal 15 Januari telah berakhir semuanya..:)
mesti tertanya-tanya apa yang dah berakhir kan?hehe..sebenarnya 15 Januari yang lepas cukup setahun kami menjalankan perkhidmatan dibawah bumbung Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( JPP ) sesi 2011/2012..
banyak pengalaman yang ditimba selama tempoh kami semua bertugas..sedih rase nak berpisah..senang susah bersama..

dari JPP juge oya kenal dengan mereka..rapat dengan mereka..jatuh bangun bersama..insya Allah pengalaman yang ditimba setahun akan dimanfaatkan pada masa akan datang..mari doakan oya..:D

malam tuu kami semua ada dinner bersama di Sutra Beach Resort..terakhir bertugas sebagai JPP..(;



* antara JPP yang hadir..:D

* bergambar bersama rakan seangkatan

insya Allah ada rezeki kita jumpa lagi..salam kejauhan..<3

p/s : selamat berpraktikum kepada semester 7..tahun terakhir di bumi IPG..
doakan kami disini..terima kasih atas segalanya.. 

----malam ni oya akan bertolak pulang ke Johor selama seminggu..cuti raya cina..doakan keselamatan oya ye.
                                                                                                                                       salam sayang..

Sunday 15 January 2012

:: ....

ya Allah..rasa sangat sedih hati ni..:(
maafkan aku ya Allah..kau kuatkanlah aku menghadapi cabaran dan dugaan ini..


Wednesday 11 January 2012

:: perkahwinan


salam alaik..
mulakan membaca entry kali ini dengan sepotong ayat Al-Quran..:)

" Dialah yang menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan Dia jadikan dari jiwa yang satu agar pasangannya ia merasa tenang kepadanya "
                                                                                                                                                              Al- A'raf : 189


sebelum itu, oya nak ucapkan tahniah kepada mereka yang baru mendirikan Baitul Muslim atau dikenali juga dengan bahasa melayunya mendirikan rumah tangga..Didoakan agar BM yang dibina berkekalan ke akhir hayat dan diredhai oleh Allah hendaknya.

dalam entry yang lepas oya bercadang nak bercerita tentang kahwin kan?meh tengok dulu gambar ni.:)



gambar kat atas ni mase sepupu lelaki oya kahwin.. majlis akad nikah di Besut, Terengganu.
alhamdulillah..jodohnya di Terengganu..emm..jap,Selangor - Terengganu..jauh x ea?hehe..
sepupu oya selamat diijab kabulkan akhir tahun lepas,,
em.mulenye rase cuak juge nak pergi Terengganu..akhir tahun kan, musim hujan memang selalu kat kawasan Timur ni..alhamdulillah, dengan niat kerana Allah, pergi dan balik kami kesana dalam keadaan yang selamat..dan sampai ke destinasi yang dituju..


tema disebelah wanita merah putih ..canteek kan?simple ..dan yang paling penting menurut syariat Allah..:D

tema pihak lelaki pula ungu..canteek juge..

minta maaf la ye..gambar pengantin selain dimeja makan tak sempat pula oya nak snap..hihi..terima jela ea gambar depan makanan ye..adeh, rase lapar la pulak..:P

aha, korang rase tak bile ada event macam ni la kita dapat berkumpul dengan saudara2 kita yang duduk jauh..ye la..sorang di selatan..sorang nun jauh diutara sana..alhamdulillah, dengan majlis perkahwinan ni, kami semua dapat berkumpul sebab selalunya kami semua dapat berkumpul time hari raya aidilfitri..lepas tu, jarang sangat kami nak berjumpa..tuu yang jadi pemalu tuu..eheh.T_T

dan time ni la oya akan jumpa sepupu oya yang ramai..bile kumpul same2 memang macam2 cerita yang nak dikongsi..tidur puun kalau boleh nak bercerita lagi,,hehe..

aha..dan gambar dibawah ni antara sepupu oya yang chumeel..geram je rase..nak cubit2..:D
*tapi dorang ni x reti nak berbual lagi la..:P..oya suke sakat je..muehehe

*Damia Haseenah..
die sangat chumeell..

*Muhammad Itqan..
dan diee suke menjerit..=='

* Muhammad Auji Abqari..
die sangat suke bergambar..dan pemalu..kuut..:P

* Laiqa Auni Diyanah
die baik..kan auni?:]

* sesi bergambar bersama perantin perempuan..eh, silap..pengantin.:D


dan kat sini oya nak kongsi la sikit apa hukum perkahwinan :

• WAJIB
 kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas perkahwinan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

• SUNAT
kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
• HARUS
 kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan

MAKRUH
 kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat

HARAM
 kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin


dan antara hikmah Allah syariatkan perkahwinan ini antaranya:

• Cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.

• Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman

• Memelihara kesucian diri

• Melaksanakan tuntutan syariat

• Menjaga keturunan

• Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak

• Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab

• Dapat mengeratkan silaturahim



p/s: kami kat maktab ada 3 kelas dari  unit yang sama..

kelas 1: ada wakil yang sudah berkahwin.
kelas 2: salah seorang darinya ..insya Allah akan mendirikan rumah tangga pada bulan 2 ni.
kelas 3: kelas oya?ada wakil yang akan mendirikan BM? insya Allah yang terbaik menunggumu..:D

maaf atas segala kekurangan..:)
                                                                                                                                                - mardhiah -

Sunday 8 January 2012

:: usrati jannati

salam...
apa kabar Malaysia..amboih..kemain.~

aha..tau x ape maksud tajuk entry kali ni?
kalau tahu syabas + tahniah diucapkan..anda berjaya masuk ke peringkat seterusnya..
Mari Belajar Bahasa Arab..:))

bagi yang kurang mengerti apakah maksud entri kali ni..meh oya terangkan ye..
usrati : keluargaku
jannati : syurgaku..

jadi kalau dicampurkan bermaksud rumahku syurgaku..
*eh, kalau oya bukak kelas mengajar Arab dalam blog ni sesuwai jugak kan?;p


sebelum tuu..oya nak mintak maaf bebanyak kepada blog terchenta ini..sebab dah lama bebenor gamaknya x update..kesian oya tengok blog ni..nak tengok sedih..apatah lagi membacanya..asal buka line ni..x de update yang baru..:(

tanpa membuang masa , entry kali ni oya nak cerita tentang adik oya..
Muhammad Qaid Thaqif bin Kursus @ Othman..


ni adik oya yang last sekali..oya ada 7 beradik semuanya..(erm..ada orang nak tau ke?;p)
oya ada 2 orang je lelaki ..first dengan yang last..tengah-tengah tuu semua perempuan..kira macam ada bodyguard la..hehe..
Ed ( nama panggilan ye ) tahun ni darjah 1..

* ed ada orientasi darjah 1 mase ni..:)

besar da ye rupenye..teringat mase kecik2 dulu..tup tup besar dah rupenya  ed ni..masa ed lahir oya tingkatan dua..tak sangka..tapi memang nak adik lelaki puun..sebab semua perempuan..hehe.beza ed dengan adik second last tuu 7 tahun..kira jauh jugee la beza mereka ni..

orientasi ed darjah 1 haritu umi ayah x dapat datang..jadi abang + oya + adik oya jadi wakil ed ni..untung dapat abang dengan kakak mithali ni..eheh..:P
hari tuu kira oya dengan adik la yang uruskan ed ni..malam tuu oya balik terengganu..memang la seharian sibuk..kott..hihi


ahah..nampak x gambar atas ni?nampak x?chumeel kan?puji adik sendiri x pe kan?wehehe..
gambar ni pulak mase ed konvokesyen tadika..amboih..kalah oya tau..x konvo lagi..tapi ed dah konvo..jeles..jeles..:P

ni lepas naik pentas ambil anugerah,,seronok la die..dah masuk sekolah rendah dah punn..kan ed?
mase ni ayah x sempat datang sebab ayah ade kerja..takpe ayah..kami faham..nak cari rezeki untuk kami sekeluarga,,we love u dad..


gambar ayah sekeping..heuw heuw..ed mase ni ngade sibuk nak bawa kereta..macam oya mase kecik2 dulu..tapi oya bukan ngade,,cuma mesra sikit.ehek~

p/s : oya x reti la nak cerita panjang lebar..ape punn enjoy ya bace cerita oya ni..

next entry rase nak citer tentang kahwin..boleh x?kahwin?oya kahwin ke?ttreett..~
confirm bukan oya yang kahwin..hihi..