Wednesday 15 June 2011

:: Hikmah mengucapkan الحمد الله Setelah Bersin~


Kenapa kita mengucapkan “ Alhamdulillah” الحمد الله    setelah bersin?



1)  Ketika anda bersin,  jantung anda berhenti  bekerja dan denyutannya.

2) Kecepatan bersin adalah 100 KM/Jam

3) Bersin mengeluarkan kotoran-kotoran yang ada dalam mulut dan hidung anda.

4) Apabila anda bersin dengan sangat kuat, boleh memungkinkan merosakkan tulang-tulang rusuk anda.

5) Apabila anda menghentikan bersin secara tiba-tiba, maka boleh mengakibatkan ketegangan darah pada 
leher dan kepala anda, bahkan boleh mengakibatkan fatal, iaitu mati.


6)   Apabila anda membuka mata ketika bersin, boleh mengakibatkan bola mata anda keluar dari tempatnya.


7) Sekadar untuk pengetahuan, ketika anda sedang bersin, seluruh organ-organ penting anda akan berhenti untuk satu saat atau kurang satu saat, dan kemudian seolah-olah tidak terjadi apa-apa pada tubuh anda dan 
seolah-olah anda baru terbangun dari maut yang mengerikan sekali.




Oleh itu kita diperintahkan membaca “Alhamdulillah” sebagai tanda syukur kita kepada Allah Yang Maha Kuasa..^^

:: khasiat susu kambing~

hehe:)
ok..petang2 ny oya nak cerita sikit pasal susu..
susu ada banyak jenis..susu tepung, susu cair, susu pekat dan seangkatan dengannya..
hari ny oya nak cite la tentang susu kambing..susu kambing antara susu yang banyak khasiatnya..

*google

lepas ny sila beli ye susu di pasar borong..;)
sangat banyak khasiatnya..nak lagi bagus minum yang fresh dari kambing~^^

:: dimelaka..

salam..apa kabar sume?harapnye sihat walafiat la ye..
emm..setelah seminggu berada dikampung menolong nenek..oya kembali lagi..;)

kali ni oya nak cerita tentang melaka..ada apakah dimelaka?
pada hari isnin bersamaan 13 Jun 2011 adik oya Nadhirah dan sepupu sebelah ayah Nur Athira melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Melaka..dalam bidang kaunseling..

* 2 family bergabung bersama atok..:D


alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..perjalanan pergi dan pulang ke rumah dengan selamat..
oya mendoakan yang terbaik buat kalian..

Pesanan pihak penaja: 

* jangan tinggal solat..amalan2 fardu dan sunat..Allah paling utama..
* dunia diluar banyak cabarannya..jangan mudah putus asa dan gentar..
* ingat pengorbanan umi ayah..famili..kawan..cikgu..etc
buat yang terbaik..insya Allah senang dunia + akhirat



* gambar menggambarkan segalanya~:)

Thursday 9 June 2011

:: dikampung~~

salam..apa kabar semua..?
oya rasa lama da x hupdate blog ny..hehe..
oya ada dikampung seminggu ny..hehe..menolong nenek la kunun2..
cucu mithali kan..:)

saya sayang mereka~
 
MARI BELAJAR MEMASAK..;P

Monday 6 June 2011

:: peringatan..petunjuk aurat bagi kaum wanita~




“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah an-Nur, ayat 30)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka...” (Surah an-Nur, ayat 31).

* renung-renung dan selamat beramal~~:D

:: =]

menyayangi anda semua~~;))

:: salah nama?~

salam..apa kabar semua??harap2 semua sihat ye..
ermm..kali ni oya nak cakap tentang salah nama..hehe
mesti anda diluar semua pernah mengalami perkara macam nii kan?
tambah-tambah dekat kad pengenalan atau i/c, sijil2, buku dan sebagainya.
perkara ni selalu terjadi pada oya..hahaha..
tuu la,,nama oya banyak sangat versi..=.=''

tapi nama oya yang diberi umi ayah MARDHIAH~~

:)

Saturday 4 June 2011

:: redha~

Jika kita LUPA bergantung kepada Allah dalam setiap kerja yang kita lakukan, 

kelak kita akan SOMBONG apabila BERJAYA, dan KECEWA jika GAGAL. 
Sedang jika kita bergantung sepenuhnya pada dia, kita akan mengenal ERTI REDHA.



Bagaimana mendapat rahmat dan redha Allah? Adakah cukup sekadar kita mengaku dengan Qalbi (hati/jiwa) lalu kita benarkan pengakuan itu dengan Qauli (sebutan) dan akhirnya kita zahirkan dengan Fe’li (perbuatan)?

Jangan terlupa bahawa rahmat dan redha Allah mampu dimiliki ke tahap infiniti apabila jiwa dan hati kita merasakan bahawa diri kita ini tidaklah sehebat mana. Diri kita ini banyak lagi kelemahan yang perlu ditingkatkan. Diri kita tidak mampu melakukan apa saja tanpa bantuan Allah.

Henti saja pernafasan selama 4-8 minit pun sudah mampu membuatkan kita tidak bernyawa selama-lamanya. Allah pemilik diri kita. Jika kita ini pemilik diri kita sendiri, cubalah menahan diri daripada kematian. Jangankan kematian, menahan diri daripada tidak makan beberapa hari pun pasti kita tidak mampu.

Maka, apabila kita menTauhidkan Allah iaitu TIADA tuhan selain daripada Allah  (Tauhid = 1) dan kemudian kita sedar dan rasa bahawa diri ini tidaklah sehebat mana, tiada bangga diri, ego, sombong dan seumpamanya, (Hamba = 0) maka insya Allah barulah kita akan memiliki redha dan rahmat Allah.


Jangan pernah berputus harap dari rahmat Allah~~:D
  * info dr plbg sumber..mr.google~;)

Friday 3 June 2011

:: sahabat~

Sahabat yang baik apabila dipandang wajahnya, 
membawa mengingati Allah..
Mendengar kata-katanya menambahkan ilmu..
Terlihat gerak gerinya meninggikan takut kepada Allah..
Berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah..



Tadika Ihsan Pasir Gudang ( 1996 - 1997 )
Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor ( 1998 - 2003 )
Sekolah Menengah Islam Hidayah ( 2004 - 2008 )
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail ( 2009 - sekarang )
dan yang mengenali diri ini~

'' ukhuwah fillah daiman abadan abada''..
love you because of Allah

:: ayah chuumell~~

salam..salam hari jumaat kepada semua..jumaat penghulu bagi segala hari..
emm..bersesuaian dengan tittle atas tuu..ayah chumeell..hehe..
sebab apakah ??


* ni muka ayah muda2 dlu..kalau sekarang??;D


jumaat = ayah pergi camping..ohoho..sangat seronok tengok ayah pack barang2..pastuu umi tolong ayah pack barang sekali..cool..;p..haha..tak semestinya orang yang agak berumur x boleh nak camping,,ayah oya tahun ni genap 49tahun..tapi selalu cakap macam umur 29tahun..ok ayah..bolehla~~


ayah pergi camping di pulau sibu..wahah..seronoknyee..oya pon x pernah camping kat sane..T__T
ok..x pe2..
haha..teringat la mase oya pergi camping kat sekolah dulu2..naik gunung..masuk hutan..sesat..aduyai..kelakar la bila ingat balik..serius sangat penat..huhu..tapi hati gumbira~~ @_@

* lebih kurang macam nii la beg ayah~~

insya Allah esok oya sekeluarga balik kampung di batu pahat..tapi abang dengan ayah x de..
ayah = camping..abang = pergi kedah..huhu..

* kami semua doakan ayah dan abang selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi masing-masing..x sabar tunggu ayah balik..nak dengar cerita..haha..^^

DOAKAN PERJALANAN KAMI SEMUA~~

Thursday 2 June 2011

:: cepatnya~~

salam..apa kabar semua??
hmm..pejam celik..pejam celikk..da sampai bulan rejab da..ok..bulan jun jugee..;p
rasa macam baru jee jabis sekolah..dulu main dengan kawan2 kat sekolah..tup2 tengok semua da berjaya..
belajar sana sini..ingat lagi moto xgen  ' bersama mengegar dunia' ..gempak~~
xgen = generasi kesepuluh..masa oya sekolah menengah dulu..hehe..

rindunye dengan zaman sekolah dulu..dengan kawan2..ustaz n ustazah..kelas oya memang paling seronok..
laki 6 orang perempuan 15 orang..memang d 'conquer; la..laki memang xkan menang kalau ikut suara majoriti..haha..sorry ye..:)

ok la..sebenarnya oya nak kongsikan doa..tambahan pula sekarang bulan rejab, lepas rejab sya'ban..dan sampaila bulan ramadhan..


macam mana kawan2 semua??habis ganti da ke??kalau belum..cepat2..jangan tangguh2..
azam oya semoga ramadhan akan datang ni lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya..

 "Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya'ban,wa balighna fi 

Ramadhan". Selamat meyambut ketibaan Rejab 1432H 

( Jumaat ) ..ayuh kita hidupkan sunnah Rasulullah~♥


Wednesday 1 June 2011

:: wanita ~

 
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dibatasi,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.


Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah
bak permata yang menyinari alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan bangga dengan kecantikan wajahmu,
kerana satu hari nanti ia akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan didalamnya,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, 

Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,


 Rasulullah bersabda.
'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'.
(Riwayat Muslim).

 buang yang keruh..ambil yang jernih~:D
* akhir kata..
Jangan merasa bangga dgn kecantikanmu hingga dikejar jutaan lelaki , itu bukan kemuliaan bagimu ...
Jika kau berasa bangga , kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai , yg boleh dipijak & dimiliki sesiapa saja ...
Muliakanlah dirimu dgn taqwa , setanding mutiara Zabarjad , yg hanya mampu dimiliki penghuni syurga~
[ SAIDATINA AISYAH ]

:: hati~

Tenangkan hati dengan mengingati Allah..
Tatkala diriku dirundung kesedihan, fikiranku tidak keruan. Perasaanku bercampur baur, hampa, sedih, gelisah, kesal sehingga tidak dapat dinukil betapa hibanya diriku pada saaat itu. Air mataku mengalir di pipiku dan mati di bibirku. Sungguh aku begitu sedih pada saat iu. Mengapa dan kenapa perkara itu berlaku? Tidak dapat aku terjemahkan..mungkin sahaja kerana takut, risau atau apa sahaja..

Dengan mengingati Allah..jiwakan menjadi tenang

     
Petua tenangkan hati oleh Dr.Fadzilah Kamsah :

1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa 
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan
"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w 
paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari 
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,  merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda 
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok  aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan  sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.. CUBALAH!!

8) Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati  kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan 
jangan makan makanan yang syubha

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera
(mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

:: buat diriku yang sering alpa~






renung-renungkan dan selamat beramal~

:: rumah kami