Thursday, 24 November 2011

:: lawatan sekolah?

salam...apa kabar semua?
alhamdulillah, sudah dekat seminggu oya bercuti dan berada dirumah..
oya nak kongsi pengalaman la sikit..tengok entry kali ni pasal lawatan sekolah..

ahah..cuti sekolah dah puun bermula..jadi oya tau yang sekolah-sekolah mesti akan ada buat lawatan sekolah..betul x?kan?tak kisah la sekolah rendah ke, sekolah menengah ke..tapi kali ni oya nak cerita pasal lawatan sekolah yang oya ikut sekali minggu lepas..

first of all, congrats to my mom sebab merancang lawatan ke terengganu dengan jayanya..i'm proud of u..eceh..:)..

mesti anda semua suka melihat gambar dari membaca..kan?kan?;p
gambar menceritakan segalanya..maaf ye..gambar tak banyak..hehe..(;

yeh..ini di sekolah menengah kebangsaan Padang Midin..

*yang ni oya sedikit jeles meles..sebab sekolah ni ada astro..:P


* ini my mom..;)

* err..saya..suke ini..serius..:D


lawatan seterusnya
Taman Tamadun Islam ( TTI )

*ehm..jap..nak suruh tengok kincir air yang dibelakang tuu tau..sebab kincir air tuu baru dibuat..
abaikan manusia didepan tuu tau..hehe..canteekk kan?

*ahah..kawasan ni baru dibuat..sebab mase oya datang lawatan dengan kawan semaktab x de lagi kawasan ni..jadi agak eksited sikit...muehe..

* umi bersama anak muridnye..semangat kan nak naik bot..:3

* antara masjid yang berada disitu..

* gambar ini bes sebab ada gambar masjid kristal dibelakang tuu..:D




wahaha..ini sebenarnya entry yang dah lama oya simpan..dekat sebulan lebih..
x sempat nak update..minta maaf banyak ye..
jadi dengan tidak menghampakan hati ini..oya update jugee..hehe..:D
oya tebus sebab tuu share banyak gambar..hihi

*next entry nak kongsi tentang apa ya?idea..idea..:)



:: jumaat.

penghulu segala hari..

salam JUMAAT...


Monday, 21 November 2011

:: YES

aumm..TAHNIAH HARIMAU MUDA..sesekali nak rasa bersemangat menyokong Malaysia..:)..bangga menjadi rakyat Malaysia..
oya pada awalnya bukanlah  peminat tegar pada bola sepak..mcm tegar sekarang..;p..tapi oya tak taula..bile belajar luar dari negeri (bukan negara) rasa semangat untuk menyokong pasukan Malaysia tuu berkobar-kobar..haih..tuu belum belajar kat luar negara...hehe..k la..once again tahniah Malaysia..dan Indonesia anda tetap yang terbaik..kalah dan menang adat pertandingan..namun perlu diingat kita tetap bersaudara..sangat teruja tengok pemain Indonesia mengamalkan sujud syukur..Alhamdulillah..:D


ok..berbalik tajuk kali ni,, oya bukan nak mengulas perlawanan bola sepak semalam ye..tapi oya nak berkongsi tip2 yang dperlukan menjelang YES ( Year End Sales )..oya tau ramai yang menunggu jualan akhir tahun sebab boleh dapat dengan harga yang murah..jadi simpan duit ye,,jangan borors berbelanja..dan..lagi satu tahun depan nak mula sesi persekolahan jadi berjimat cermat..eh, tahun depan Qaid masuk darjah satu..(qaid tuu adik oya yang last)..hari jumaat ni Qaid ada majlis graduasi..x sabar nak tengok ed da graduate..time oya prasekolah dulu x de pon majlis macam ni..:P

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SALMAN AL-FARISI berkata:
" Janganlah kamu jadi orang yang pertama memasuki pasar dan yang terakhir keluar darinya, kerana pasar ialah tempat berkumpulnya syaitan dan itulah tempat mereka memasang bendera mereka"

kata-kata diatas menunjukkan kita agar berhati-hati dalam berjual beli kerana biasanya ketika itu dihadiri oleh hati yang lalai dengan keseronokan dunia, melihat berbagai-bagai maksiat, melibatkan aurat, pembaziran MASA dan sebagainya..

oya nak bagi situasi, contoh paling senang bulan puasa..bile pergi bazar rasa nak beli semua makanan..nampak tu sedap, ni sedap..==''..tapi bile da beli confirm tak habis..silap2 simpan dalam peti sejuk dekat seminggu..btol x? renungan bersama..jadi sudah tentu waktu beli makanan tuu, sebenarnya kita hanyut dikawal nafsu kita yang mahukan pelbagai makanan..tapi bukan semua kita nak makan..cukup sekadar membelinya sahaja..kan..kan?kesimpulannya, jangan boros semasa berbelanja..berpada..
antara tips yang dapat dari majalah Gen-Q dan oya nak kongsikan adab ketika membeli-belah:

1) Hendaklah kita mengambil kira keperluan, kehendak dan kemampuan


2) Tidak digalakkan membawa wang yang melampau banyaknya kerana akan mengakibatkan perbelanjaan yang melampau pembazirannya


3) Dapatkan pandangan daripada mereka yang tahu tentang sesuatu barang yang ingin dibeli


4) Pastikan barang yang dibeli itu halal pada perspektif Islam


5) Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawar harga terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual


6) Jujur dan amanah


7) Utamakan urus niaga dengan orang Islam setelah tiada pilihan.

sebelum nak membeli-belah tengok balik list yang oya bagi ny..hehe..oya harap tips yang oya kongsikan berguna untuk anda diluar sana..selamat BERBELANJA..:)

Sunday, 20 November 2011

:: cuti..

baiklah untuk makluman semua oya akan bercuti selama ..ha..lebih kurang sebulan lebih..yang bestnye oya akan bercuti sama dengan budak sekolah bercuti..itulah nikmat masuk dalam profesion perguruan ni..dengar-dengar sebab nak bagi pengalaman awal sebelum masuk sekolah,.ecece..:)

ok la..entry lepas oya ada maklumkan..macam over je..bukan, oya ada bagitau yang oya akan upload photo masa oya pergi lawatan kan?tapi disebabkan kekangan masa ditambah dengan minggu peperiksaan oya terpaksa melupakan seketika untuk update blog nii..eh,,macam lame je oya tak update kan?tak pe..lupakan je..(:

ok,ni antara gambar mase oya pergi lawatan tuu..maaf la ye,..ada satu gambar je..yang lain tak ambil lagi..

oh..lupe..gambar ni mase oya pergi lawat UUM..ni kat depan library..sangat besar dan sangat lumayan untuk study kat sini..kehkeh..jadi, bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan ye..jangan kufur nikmat..ingat tempat yang lagi teruk dari sini..(:

em..oya nak cerita pasal peperiksaan plak..huu~
alhamdulillah exam telah menutup tirainya..harap-harap oya beroleh kejayaan yang cemerlang..demi Islam..mari doakan kejayaan oya...:))..soalan periksa boleh dijawab..tapi tengok result macam mana nanti..nebes2..;p..insya Allah dah berusaha + doa + tawakal insya Allah akan diberikan yang terbaik..teringat  kata-kata dari Al-Qur'an yang oya nak kongsikan sedikit bila oya rase terbeban dengan sesuatu pekerjaan..

:: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..♥:: "

kata-kata ni banyak menaikkan semangat oya bila rase down..kata-kata ni kawan oya yang bagi..oya tak paham..maklumla..bahasa arab oya 'terer' sangat..:P..ingat lagi kawan oya suruh cari maksud ayat Al-Quran ny..ayat ny ad dalam Al-Ma'thurat juge..jadi boleh la ye amal-amalkan selalu..khas untuk diri oya juga..

insya Allah kita akan berasa hampir dengan Tuhan kita..Allah tuu tahu yang terbaik buat kita..kita sebagai hamba kene selalu beringat dan jangan buat apa yang dilarangnya..*untuk diri oya terutamanya..
jadi..kesempatan yang ada ni, sebab kita tak tahu bila ajal akan menjelma..jadi beringat selalu..(sesi tazkirah hari ni..)huhu..

ok..oya nak berhenti dulu untuk setakat nii..untuk makluman oya baru sampai rumah pagi tadi..lambat sikit dari kawan yang lain sebab oya ikut mak oya pergi lawatan sekolah ke Terengganu..hehe..:D

                        *semoga Malaysia beroleh kejayaan dalam bola sepak malam ni..tapi Malaysia dan Indonesia tetap bersaudara..^^
                                                                                                                     ....salam perjuangan...

Tuesday, 1 November 2011

:: berjalankah?~~

wahahaha...lamenye..;p
tak kisah la..tapi kali ni oya nak cerita dengan semua..
alhamdulillah pada 30 oktober - 1 november 2011 yang lepas oya sempat berjalan-jalan diutara Malaysia..
sangat seronok~~:)))

banyak gambar yang ditangkap..tapi memandangkan oya sangat excited nak update blog hari ni, jadi gambar2 puun tak dapat nak ambil lagi..al-maklumla..kamera pinjam..bukan sendiri punye..haha..tugas oya hanya mencapap disetiap kamera yang ada..

berbalik cerita diutara, oya melawat negeri Jelapang Padi..*betulkan eja? dan juga oya sempat melawat Perlis..
oya jarang nak pergi utara,,yela kan rumah nun jauh di selatan..nak pergi Utara tuu rase sangat jauh..
nak balik ke kampung di Batu Pahat puun rase sangat jauh tau..walaupun jarak dengan rumah 2 jam je..ngade je..huu~

lawatan kami dinamakan Jalinan Mesra..emm..mesra ke?;p..ok la..tentatif sepanjang kami disana kami dibawa melawat 3 Institut Pendidikan Guru(IPG),dan juga Universiti Utara Malaysia (UUM). Memandangkan kami ini guru-guru pelatih, jadi perlulah kami untuk melawat di IPG untuk bertukar-bertukar idea untuk memantapkan lagi sistem pendidikan di tempat masing-masing..Di UUM juga kami berjumpa bersama mahasiswa/si dalam bidang pendidikan. Semasa di UUM kami bertukar-tukar pandangan  kerana sisitem pembelajaran di IPTA dan IPG adalah jauh berbeza.. Rasa bersyukur melanjutkan pelajaran di IPG walau pada awalnya hati oya agak kurang setuju untuk terjun kedunia pendidikan..tapi dulu tau..sekarang da suka..:)
 Walaupun tempat kami jauh berbeza, tetapi jiwa kami sama..jiwa pendidik..woOott~

antara IPG yang sempat kami lawati semasa lawatan Jalinan Mesra ini ialah IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPSAH) di Sungai Petani, Kedah, IPG Kampus Perlis di Perlis dan IPG Kampus Darul Aman (IPDA) di Jitra, Kedah..Pelbagai input yang dapat oya terima semasa lawatan ini dan oya berharap dapat pergi lagi..kehkeh..
ehem..da alang-alang berjalan di Utara tak salahnya berjalan-jalan cuci mata pula..;)..hari kedua pula kami dibawa berjalan di Padang Besar..bile da pergi sini memang habis duit..kalau boleh satu kedai tuu nak beli,.haha..masa kami sampai kedai2 baru je nak bukak..makcik tuu kata dia jual murah..sebab harga bukak kedai..oya tak taulah betul tak..jadi oya ambil keputusan bersangka baikk..hehe..da habis berbelanja di Padang Besar kami pulang ke hotel kami,,dan pada malamnya kami ke Kuala Perlis..betulla kawan cakap..makanan disini murah..eh, bukan di Kuala Perlis je..tapi di Utara..sebab kalau bawa RM50 belanja untuk makanan sahaja selama 3 hari memang banyak makanan kita boleh dapat..memang oya akui..
jadi, kepada mereka yang berjalan di Utara bagi yang bujang bawa duit untuk makanan tak perlu banyak2 ye..tapi yang berkeluarga bawa banyak sedikit ye..;)

ok la,oya rase banyak da cerita..entry lain oya tunjuk gambar sepanjang kami berjalan-jalan di Utara ya,,nak cerita semua banyak sangat,,
*oya sangat setuju dengan kata-kata ny..sekian..
" jauh berjalan luas pemandangan"

Salam..~