Thursday, 30 October 2014

:: PART 2

ok. ini rentetan perjalanan oya ke sana

Malaysia - Singapura
Singapura - Jeddah
Jeddah - Madinah
Madinah - Mekah
Mekah - Jeddah
Jeddah - Malaysia

Hari-hari yang sibuk dan sentiasa diisi. ALHAMDULILLAH

perjalanan kami berjalan dengan lancar. tanpa sebarang masalah. nak mula cerita pun x tahu nak mula dari mana. hmmm

baiklaaa. BISMILLAH

MALAYSIA : macam yang oya post pada entry lepas, perjalanan kami lewat seminggu. entah ea. mungkin sebab x tahu apa yaang terjadi dibelakang jadi rasa rileks jaa. oh, lewat kaaa? x apa. nanti p juga. dalam masa yang sama, ayah selalu ingatkan ''doa bebanyak. moga kita dapat pergi umrah''. dan dengan rezeki dari Allah nama kumpulan kami semuanya pass untuk ke sanaa. oh ya. dalam masa beberapa hari juga kami kena siapkan bebarang semuaa. kalauu x silap 4 hari sebelum bertolak baru tahu nama kumpulan kami naik untuk menunaikan umrah. Allahu akbar !



SINGAPURA : perjalanan ke sana. berjumpa juga dengan beberapa jemaah yang akan bersama-sama menunaikan umrah. rupanya halangan mereka lagi hebat dari kami. bayangkan dalam satu kumpulan hanya se dua orang yang dapat p. tapi pihak pengurusan still kena uruskan perjalanan mereka. dan seperasan oya ada jemaah lelaki tua yang berkerusi roda untuk bersama-sama menunaikan umrah. perancangan Allah siapa tahu kan? dalam perjalanan ke mekah berjumpa semula dengan rombongan jemaah singapura. dan mutawif sahkan pak cik meninggal dunia di riyadh. Al-Fatihah. moga bersama orang-orang yang soleh. Ameen

JEDDAH : perjalanan lancar. bertolak ke madinah dengan menaiki bas bersama-sama. wahhh. plan sampai subuh. tapi sebab ada problem dengan bahagian imigresen sanaaa.



MADINAH : ya Allah. sampai sudah ke bumi anbiya. Allahuuu. menitis air mata tatkala melihat masjid nabawi dari kejauhan. Allah. Allah. syukur ya Allah atas anugerah ini :(
kami mulakan dengan melawat sekitar masjid nabawi, perkuburan baqi. dan alhamdulillah kami 3 beradik diberi kesempatan untuk memasuki Raudhah pada hari pertama kami. menitis. menitis dan terus menitis. terasa kerdil sangattt. wahai Rasulullah. rindunya kami pada mu :(

suasana didalam masjid nabawi. sementere menunggu giliran masuk ke raudhah 


hadapan pintu masuk masjid nabawi. selepas solat subuh


 kawasan luar masjid nabawi

kami teruskan ziarah kami ke masjid Qiblatain

masjid Qiblatain

ladang kurma. 
maaf. sempat ambil ini sahaja

jabal uhud. bersama mutawif dimadinah

berlatar belakang perkuburan para syuhada di jabah uhud. Allahu. wangi sangat. 
walau dah beberapa lamanyaaaa. menitis lagi :(


jabal magnet. ada kisah disebalik nama. akan dicerita pada entry akan datang :)
dan kalau kalian perasan, sebenarnya garisan gelap dibelakang oya jika dilihat dari atas membentuk kalimah ALLAH. masha Allah. sungguh hebat kekuasaanMu 



ladang unta di madinah. bukan dalam perancangan sebenarnyaa. tapi Allah takdirkan kami ke sini. Alhamdulillah. dan untuk pengetahuan semua, waktu kami pergi, ladang unta di madinah ni, ayah cakap selalunya kita akan ziarah ladang unta di mekah di hudaibiyyah. tetapi sewaktu ziarah kami ini, ladang unta di hudaibiyyah tidak dibuka lagi kerana ada masalah wabak. tapi dimadinah seperti yang diterangkan oleh ustaz mutawif kami, madinah terhindar dari sebarang penyakit. madinah negeri yang dijaga oleh Allah :)




perjalanan ziarah kami diteruskan ke muzium Al-Qur'an. kaum wanita tidak dibenarkan masuk ke dalam. hanya bisa melawat Al-Qur'an yang telah dicetak dan yang dipamerkan .


* akan bersambung selepasnyaaaa. insha Allah :)








No comments:

Post a Comment