Wednesday, 5 June 2013

:: dugaan dan cabaran mematangkan

bismillah..
salam alaik.
* sambil mengelap-lap blog yang sudah bersawang T__T

alhamdulillah. masih diberi kesempatan untuk menghembus nafas.
hmm. apa akan jadi jika Allah menarik nikmat. hanya sekelip mata. 'kun fayakun'. apa yang dikatakan, maka JADI lah ia.

mengikut kalendar hari ini 06 hb Jun 2013. bersamaa 27 Rejab. Allah. 27 Rejab sudah? sekejap masa berlalu. tinggal berapa hari lagi kita akan menemui Ramadhan. bersediakah kita? jum check list :)


ok. post oya kali ni nak berkongsi suka dan duka sepanjang bergelar pelajar hampir 4 tahun setengah sudah. x sangka. in sha Allah tahun hadapan oya akan tamat belajar di Terengganu. doakan yang terbaik ya! :D

semester ini merupakan semester 5 dan tinggal 2 semester lagi untuk oya harungi. semangat. semangat. apa yang oya nak kongsikan disini, semester ini merupakan semester yang penuh dengan cabaran. semester ini juga oya diuji dengan pelbagai masalah. lemah rasa diri ini. Allah. Allah T_T

mungkin silap oya Allah uji didunia lagi. lihat, betapa sayang Allah pada hambaNya. mungkin juga Allah mahu oya lebih matang dalam mengharungi kehidupan seharian. mungkin juga silap oya yang kadang-kala leka dan alpa dengan kenikmatan dunia.

cabaran yang oya hadapi sangat perit dan oya akui kebanyakan masalah yang kaum hawa akan hadapi berbanding kaum  adam. 'masalah rakan'. WHAT? kawan? sahabat? " ala, perempuan selalu macam tuu. sikit2 gaduh". yes. that's it. mungkin kita x sedar personaliti setiap orang berbeza, bahkan even kembar, dorang juga mempunyai personaliti yang berbeza.


begitu juga kawan. insan yang hampir dengan kita. jangan kita harapkan sesuatu yang sempurna. sesuatu yang PERLU ada bagi semua orang. x adil bukan. masing-masing perlu belajar mengadaptasi hidup dengan rakan masing-masing. dan itu yang cuba untuk oya lakukan. mungkin semua menganggap tempoh 4 tahun lama. ya, memang sangat lama. tapi mungkin belum sepenuhnya kita mengenali seseorang, that is me!! ;'(

sedih sangat. tapi oya tahu, kita masih ada masa untuk menuju ke arah hadapan. lupakan yang lepas. oya juga sedang mencuba. menyedari bahawa diri ini masih mempunyai kekurangan. disini, oya juga ingin memohon maaf kepada yang mengenali dan oya harapkan doa yang terbaik dari kalian semua. in sha Allah.


p/s: saya sayang kawan saya. kerana Allah. sungguh merindui saat mesra bersama. maafkan saya, teman.




No comments:

Post a Comment