ayah, qaid, abang
mereka hero keluarga kami :)
dan untuk pengetahuan semua, alhamdulillah oya mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki.
mereka sahaja hero dalam keluarga kami. terima kasih Allah.
AYAH : ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki untuk kami sekeluarga, tidak pernah merungut, mencuba memberi yang TERBAIK dan memberi KESELESAAN pada anak-anaknya. ayah yang sering menegur akhlak anak-anaknya untuk menjadikan anaknya seorang INDIVIDU MUSLIM yang teguh mengamalkan ajaran ISLAM. Allah. :') dan pelbagai lagi kebaikan yang ayah dah buat. Allah, rahmati ayahku dunia akhirat.
QAID : satu-satunya adik lelaki dalam keluarga. adik yang sangat menyayangi abang dan kakak-kakaknya. gembira bila semua ahli keluarga dapat berkumpul. cintakan kucing. sedikit nakal (normal la kan, budak-budakk) namun ada sifat penyayang dalam diri. suka melukis, tapi selalu x ade idea nak lukis ape. -.-' , berusaha menabung untuk membeli android, namun duit ituu sering diambil untuk membeli ice cream. hukkss~ semoga adikk kami ini sihat selalu dan berada dibawah naungan Allah hendaknya. moga apa yang diidamkan menjadi kenyataan. qaid nak jadi pilot yang berimann. ameen :'D
ABANG : merangkap anak sulung dan berusaha untuk memberikan yang TERBAIK untuk adik-adiknya. menjadi 'ayah' jika ayah keluar ke program. selalu menjaga KESELAMATAN adik-adiknya. insan yang selalu menjadi mangsa barang di kedai kalau barang-barang didapur tidak mencukupi dan sekali lagi pergi ke kedai kerana adaaa lagi barang tertinggalll. mahaapp abang. hihi. alhamdulillah, bulan 2 yang lepas abang selamat di IJABKABULKAN dengan pilihan hatinya, kak wani. didoakan semoga mahligai yang terbina berkekalan ke akhirNya dan selamat melayari bahtera berdasarkan ciri-ciri ISLAM. insha Allah. masih juga menantikan cahaya mata merangkap anak saudara bagi oya, mohon doakan kawan-kawan. hihi ;')
* Allah, peliharalah keluarga kami. ameen