Wednesday, 11 January 2012

:: perkahwinan


salam alaik..
mulakan membaca entry kali ini dengan sepotong ayat Al-Quran..:)

" Dialah yang menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan Dia jadikan dari jiwa yang satu agar pasangannya ia merasa tenang kepadanya "
                                                                                                                                                              Al- A'raf : 189


sebelum itu, oya nak ucapkan tahniah kepada mereka yang baru mendirikan Baitul Muslim atau dikenali juga dengan bahasa melayunya mendirikan rumah tangga..Didoakan agar BM yang dibina berkekalan ke akhir hayat dan diredhai oleh Allah hendaknya.

dalam entry yang lepas oya bercadang nak bercerita tentang kahwin kan?meh tengok dulu gambar ni.:)



gambar kat atas ni mase sepupu lelaki oya kahwin.. majlis akad nikah di Besut, Terengganu.
alhamdulillah..jodohnya di Terengganu..emm..jap,Selangor - Terengganu..jauh x ea?hehe..
sepupu oya selamat diijab kabulkan akhir tahun lepas,,
em.mulenye rase cuak juge nak pergi Terengganu..akhir tahun kan, musim hujan memang selalu kat kawasan Timur ni..alhamdulillah, dengan niat kerana Allah, pergi dan balik kami kesana dalam keadaan yang selamat..dan sampai ke destinasi yang dituju..


tema disebelah wanita merah putih ..canteek kan?simple ..dan yang paling penting menurut syariat Allah..:D

tema pihak lelaki pula ungu..canteek juge..

minta maaf la ye..gambar pengantin selain dimeja makan tak sempat pula oya nak snap..hihi..terima jela ea gambar depan makanan ye..adeh, rase lapar la pulak..:P

aha, korang rase tak bile ada event macam ni la kita dapat berkumpul dengan saudara2 kita yang duduk jauh..ye la..sorang di selatan..sorang nun jauh diutara sana..alhamdulillah, dengan majlis perkahwinan ni, kami semua dapat berkumpul sebab selalunya kami semua dapat berkumpul time hari raya aidilfitri..lepas tu, jarang sangat kami nak berjumpa..tuu yang jadi pemalu tuu..eheh.T_T

dan time ni la oya akan jumpa sepupu oya yang ramai..bile kumpul same2 memang macam2 cerita yang nak dikongsi..tidur puun kalau boleh nak bercerita lagi,,hehe..

aha..dan gambar dibawah ni antara sepupu oya yang chumeel..geram je rase..nak cubit2..:D
*tapi dorang ni x reti nak berbual lagi la..:P..oya suke sakat je..muehehe

*Damia Haseenah..
die sangat chumeell..

*Muhammad Itqan..
dan diee suke menjerit..=='

* Muhammad Auji Abqari..
die sangat suke bergambar..dan pemalu..kuut..:P

* Laiqa Auni Diyanah
die baik..kan auni?:]

* sesi bergambar bersama perantin perempuan..eh, silap..pengantin.:D


dan kat sini oya nak kongsi la sikit apa hukum perkahwinan :

• WAJIB
 kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas perkahwinan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

• SUNAT
kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
• HARUS
 kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan

MAKRUH
 kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat

HARAM
 kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin


dan antara hikmah Allah syariatkan perkahwinan ini antaranya:

• Cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.

• Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman

• Memelihara kesucian diri

• Melaksanakan tuntutan syariat

• Menjaga keturunan

• Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak

• Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab

• Dapat mengeratkan silaturahim



p/s: kami kat maktab ada 3 kelas dari  unit yang sama..

kelas 1: ada wakil yang sudah berkahwin.
kelas 2: salah seorang darinya ..insya Allah akan mendirikan rumah tangga pada bulan 2 ni.
kelas 3: kelas oya?ada wakil yang akan mendirikan BM? insya Allah yang terbaik menunggumu..:D

maaf atas segala kekurangan..:)
                                                                                                                                                - mardhiah -

No comments:

Post a Comment