Wednesday 1 June 2011

:: wanita ~

 
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dibatasi,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.


Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah
bak permata yang menyinari alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan bangga dengan kecantikan wajahmu,
kerana satu hari nanti ia akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan didalamnya,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, 

Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,


 Rasulullah bersabda.
'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'.
(Riwayat Muslim).

 buang yang keruh..ambil yang jernih~:D
* akhir kata..
Jangan merasa bangga dgn kecantikanmu hingga dikejar jutaan lelaki , itu bukan kemuliaan bagimu ...
Jika kau berasa bangga , kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai , yg boleh dipijak & dimiliki sesiapa saja ...
Muliakanlah dirimu dgn taqwa , setanding mutiara Zabarjad , yg hanya mampu dimiliki penghuni syurga~
[ SAIDATINA AISYAH ]

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Anda dijemput untuk mengunjungi blog santai kami.
    Sudilah untuk kita saling ‘follow-memollow’
    Ini adalah satu entry kami yang terhangat.
    cara cara menghilangkan pipi tembam
    Diharap pengenalan blog yang baru sebulan jagung ini akan merapatkan silaturrahim antara kita. 

    Dari,
    Admin JanganKalot. 
    Terima Kasih.

    *wanita teras kenegaraan.

    ReplyDelete