Wednesday 1 June 2011

:: hati~

Tenangkan hati dengan mengingati Allah..
Tatkala diriku dirundung kesedihan, fikiranku tidak keruan. Perasaanku bercampur baur, hampa, sedih, gelisah, kesal sehingga tidak dapat dinukil betapa hibanya diriku pada saaat itu. Air mataku mengalir di pipiku dan mati di bibirku. Sungguh aku begitu sedih pada saat iu. Mengapa dan kenapa perkara itu berlaku? Tidak dapat aku terjemahkan..mungkin sahaja kerana takut, risau atau apa sahaja..

Dengan mengingati Allah..jiwakan menjadi tenang

     
Petua tenangkan hati oleh Dr.Fadzilah Kamsah :

1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa 
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan
"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w 
paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari 
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,  merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda 
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok  aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan  sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.. CUBALAH!!

8) Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati  kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan 
jangan makan makanan yang syubha

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera
(mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

2 comments:

  1. aaa..btol ker belanja orang makan leh wat ati tenang?hehehe..makin tensen ilang duit ader la..hehehe

    ReplyDelete
  2. ha'a la belanja org makan 2 leh ke wat ati tenang. lain la bersedekah [ikhlas]. haha rasenya yang hati tenang org yg dibelanje. hahaha

    ReplyDelete