1. Dengki
Amat  cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi  berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini  bijak bersandiwara.
2. Tamak 
Asyik  mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat  lebih berbanding orang di sekelilingnya.Orang yang tamak tak pernah  bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh  kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain  dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.
* pinjam gambar ye..hehe..tiada kene mengena dengan hidup dan mati..gambar hiasan~
3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara. 
Biasanya  orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.Oleh itu, dia akan  banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak  perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita  pasal apa saja.Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia  ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.Anda perlu berhati-hati  dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai  berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap  daripada bertindak melakukan apa-apa.
 renung-renungkan dan selamat beramal.~


No comments:
Post a Comment